• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PEJUANG Tawar Kerajaan Penyayang Untuk Rakyat Johor

oleh AK-47
16/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menawarkan sebuah kerajaan penyayang, yang komited mencari penyelesaian kepada keperluan rakyat daripada aspek sosial, ekonomi dan pendidikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata tawaran itu selari dengan kehendak rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap keperluan mereka dan benar-benar membela nasib rakyat.

Beliau berkata, rakyat juga mahukan sebuah kerajaan yang tidak sibuk bermain politik kerana ia tidak mendatangkan manfaat buat mereka.

“Tawaran PEJUANG (di Johor) ialah sebuah kerajaan penyayang. Sebuah kerajaan penyayang bermaksud apa juga keperluan rakyat baik dari sosial, pendidikan dan ekonomi, kita kena betul-betul cari satu penyelesaian yang memberi impak kepada rakyat secara positif,” katanya kepada BH hari ini.

PEJUANG yang tidak mengambil bahagian pada PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini, mengumumkan akan bertanding di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, secara solo.

Jumlah kerusi yang bakal ditandingi PEJUANG adalah yang tertinggi dalam kalangan parti pembangkang malah menyamai jumlah kerusi ditandingi UMNO dengan kesemuanya melibatkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Mengulas lanjut, Mukhriz, berkata PEJUANG turut memberi keutamaan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi Johor yang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun dua tahun berturut-turut akibat pandemik COVID-19.

Katanya, masalah sama turut dihadapi negeri lain tetapi Johor menerima kesan lebih ketara apabila pergerakan antara Johor dan Singapura sangat terhad menyebabkan bukan sahaja pelancong tidak dapat masuk, malah ada 200,000 pekerja rakyat Johor tidak boleh balik seperti biasa.

“Jadi perbelanjaan mereka sekarang semuanya di Singapura dan negara itu dapat nikmat. Tetapi impak negatifnya dirasai peniaga-peniaga di Johor dan secara keseluruhannya ekonomi Johor agak terjejas.

“Ada beberapa perkara lain akan diberi perhatian juga tetapi saya kira kalaulah dapat kita selesaikan masalah ekonomi ini, ia akan ada kesan (positif) kepada aspek lain kehidupan rakyat Johor,” katanya.

Berkenaan pendirian bertanding secara solo, Mukhriz menegaskan, ia bagi mengelakkan PEJUANG terpaksa berkompromi dengan parti gabungannya dalam melaksanakan semua janjinya kepada pengundi.

Beliau berkata, pihaknya mengambil iktibar daripada pengalaman berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang tidak dapat menunaikan sepenuhnya janji kerana perbezaan pendapat dalam kalangan komponen Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Contohnya di Johor, penting juga untuk sekolah agama kerajaan negeri mendapat peruntukan lebih, pastikan guru-gurunya gaji cukup, kebajikan pelajar terbela. Kalau kita sebahagian daripada gabungan, ia mungkin boleh timbul masalah,” katanya.

Sementara itu, Mukhriz merayu semua pengundi termasuk di luar Johor tidak melepaskan peluang keemasan menghantar mesej melalui PRN yang mereka tidak boleh lagi bertoleransi dengan pihak yang menyalahgunakan kuasa secara angkuh.

Beliau berkata, PRN itu tidak terhad kepada kepentingan rakyat Johor malah sangat diperhatikan rakyat Malaysia kerana ia bakal memberi impak besar kepada suasana politik negara kerana dikatakan Dewan Rakyat segera dibubar jika Barisan Nasional (BN) menang dua pertiga.

Katanya, PRU-15 dalam masa terdekat bakal mendedahkan seluruh negara kepada penularan COVID-19 sewaktu sebahgian besar rakyat berdepan cabaran menyara keluarga.

“Saya sangat mengharapkan seramai mungkin rakyat Johor keluar mengundi, itu satu perkara sangat penting, kalau peratusan keluar mengundi tak lebih 65 peratus, kita boleh agak siapa menang.

“Tetapi kalau melebih 70 ke 75 peratus, saya rasa akan berlaku satu perubahan ke arah kebaikan bagi rakyat Johor, malah rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

-Berita Harian

Tags: pejuangPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Tolak Permohonan Keahlian Pejuang

PN Tolak Permohonan Keahlian Pejuang

21/03/2023
0

Usaha Pejuang untuk mendapatkan keselamatan politik yang lebih terjamin dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) gagal. Ikuti Mynewshub: Telegram Majlis Tertinggi PN...

Pejuang Kemuka Permohonan Mahu Sertai PN

Pejuang Kemuka Permohonan Mahu Sertai PN

02/03/2023
0

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan langkah terbaru mereka dalam politik dengan menyatakan hasrat untuk menyertai Perikatan Nasional (PN). Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd