• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Rayu Rusia Henti Serangan Ke Atas Ukraine

oleh Mohd Arshad
24/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Presiden Rusia agar menghentikan serangan ke atas Ukraine yang baru bermula awal pagi ini waktu tempatan, lapor akhbar Daily Mail.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres membuat gesaan itu sejurus selepas mengadakan mesyuarat tergempar apabila Putin mengisytiharkan perana ke atas bekas negara Soviet itu.

“Jika benar peperangan yang sedang berlaku pada ketika ini, saya hanya ada satu perkara untuk disampaikan kepada Rusia.

“Putin, tolong hentikan kemaraan tentera anda untuk menyerang Ukraine. Beri peluang kepada kedamaian. Perang yang baru bermula ini sudah meragut ramai nyawa,” seru Guterres.

Seperti yang dijangka, Putin tidak mengendahkan rayuan tersebut dan membuat kenyataan balas menerusi siaran langsung televisyen tempatan untuk menggambarkan pencerobohan itu sebagai ‘pendudukan tentera khas’.

“Operasi ini untuk ‘membersihkan’ Ukraine daripada imej Nazi dan bukan mahu menakluk negara ini secara total.

“Ia adalah satu pertempuran yang tidak dapat dielakkan,” tegas Putin.

Kosmo-

Tags: PBBRusiaUkraineVladimir Putin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd