• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Salah Tembak Lagi?

oleh Mohd Arshad
07/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Serangan bertalu-talu pimpinan PAS terhadap UMNO tidak memberi sebarang manfaat kepada parti itu.

Sekonyong-konyong pimpinan PAS menghentam UMNO membawa selautan kegembiraan buat Pakatan Harapan (PH).

Memberi kesempatan kepada pemimpin DAP, Lim Guan Eng mengaku konon hanya PH yang bukan kaki gaduh.

Kerana UMNO sudah pasti perlu menjawab balas segala tohmahan dilemparkan oleh pimpinan PAS.

Tidak pasti mengapa pemimpin PAS jadi begitu. Mungkin ‘wahyu’ PPBM atau sememangnya sakit hati kepada UMNO.

Mengapa PAS begitu marahkan UMNO enggan menuruti desakan supaya kerjasama dengan PPBM.

Malaysia sebuah negara demokrasi dan sudah pasti UMNO mempunyai hak untuk menentukan hala tuju sendiri.

Justifikasi demi penyatuan ummah sukar diyakini tatkala PPBM sendiri mengakui mahu menamatkan UMNO.

Ini bermaksud pimpinan PAS tidak jujur kerana akan menolak UMNO ke persimpangan untuk dilanggar PPBM.

PAS sepatutnya lebih kerap menyerang PH kerana itulah yang sering dibayangkan PAS sebagai musuh Islam.

Justeru, kita tidak pasti sama ada pemimpin PAS tersalah tembak atau memang ia sasaran tembakan mereka.

Dengan tembakan itu akan memberi sedikit kelebihan kepada PH untuk memainkan sentimen seperti Guan Eng.

Seolah-olah PAS lebih rela menggadai nasib Melayu Islam ditangan PH asalkan bukan UMNO jadi kerajaan.

Pimpinan PAS pasti mengerti Perikatan Nasional (PN) dianggotainya tidak akan mampu membentuk kerajaan di Johor.

Tetapi UMNO sasaran tembakan tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada umat Melayu Islam negara ini.

Semoga ahli akar umbi PAS membuka mata terhadap realiti itu kerana muafakat adalah tentang mereka.

Bukan mengenai usaha mempertahankan nikmat kedudukan dan jawatan pemimpin mereka.

Sesungguhnya masih ada tokoh PAS yang realistik, malangnya mereka ini telah disingkirkan oleh pimpinan PAS.

-Mynewshub

Tags: PASPemimpin PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd