• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Selamat: 1,446 Saman Dikeluarkan Di Perak

oleh Mohd Arshad
02/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 1,446 saman trafik dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negeri menerusi Ops Selamat 17/2022 sempena perayaan Tahun Baharu Cina, semalam.

Operasi bermula pukul 8 pagi hingga 7 petang itu disertai enam pegawai kanan dan 51 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak.

Ketua JSPT Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, operasi itu diadakan menerusi sekatan jalan raya (SJR) di 12 lokasi di seluruh negeri antaranya ialah Pekan Bidor (Tapah), Jalan Kuala Kangsar-Gerik (Gerik), Jalan Haji Mohd. Ali (Manjung), Kilometer (KM) 5 dan KM9 Changkat Jong (Hilir Perak) serta KM10 Kuala Sepetang-Taiping (Taiping).

Katanya, lokasi lain ialah KM14.8 Simpang Pulai-Bluevalley (Ipoh), KM22 Jalan Ipoh-Lumut (Batu Gajah), KM24 Jalan Persekutuan Kuala Kangsar-Gerik (Kuala Kangsar), KM38 Jalan Ipoh-Lumut (Perak Tengah), KM72 Ipoh-Kuala Lumpur (Bidor) dan KM115 Jalan Ipoh-Butterworth (Kerian).

“Sebanyak 1,446 kenderaan diambil tindakan dengan memperlihatkan kesalahan memandu melebihi had laju merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 1,247 saman.

“Ini diikuti saman membabitkan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan dengan 65 saman, tali pinggang (42), tiada lesen memandu (35), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (23), telefon bimbit (7) dan tidak pamer P (6),” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki atas kesalahan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk yang dijalankan di Jalan Sultan Azlan Shah, awal pagi semalam.

Katanya, lelaki Orang Asli berusia 31 tahun itu ditahan selepas ujian pernafasan menggunakan Evidential Breath Analyzer (EBA) II mendapati kandungan alkohol dalam darah melebihi bacaan 53 mg/100 ml.

“Dalam operasi itu, sebanyak 57 saman dikeluarkan membabitkan nombor pendaftaran dengan 15 saman, tidak tampal L dan P (6), lampu brek ketiga (8), tiada lesen memandu (7), tali pinggang (7) dan gagal menunjukkan lesen (5),” katanya.

-Kosmo Online

Tags: Ops SelamatPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

16/09/2025
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd