• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Luar ASEAN Bimbang Situasi Di Ukraine

oleh AK-47
27/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Menteri-menteri Luar ASEAN bimbang dengan perkembangan situasi di Ukraine dan menyeru semua pihak berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati dan menyelesaikan pertikaian mereka secara aman.

“Untuk keamanan, keselamatan dan kewujudan bersama yang harmoni, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menegakkan prinsip saling menghormati kedaulatan, integriti wilayah dan hak sama rata semua negara.

“Kami menyeru semua pihak yang berkaitan supaya bertenang dan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan dialog melalui semua saluran, termasuk diplomatik untuk mengawal keadaan, mengurangkan ketegangan dan mencari penyelesaian secara damai,” menurut kenyataan yang disiarkan di laman sesawang ASEAN, Sabtu.

Menteri-menteri luar percaya bahawa masih ada ruang untuk dialog damai selaras dengan undang-undang antarabangsa, prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara untuk mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal.

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine; dan berikutan itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Bernama-

Tags: ASEANUkraineVladimir Putin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd