• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Parah Ditetak Dengan Parang

oleh AK-47
15/02/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN : Polis sedang mengesan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian menetak seorang lelaki di sebuah restoran di Bandar Benut, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, Balai Polis Benut menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 3.20 petang mengenai kejadian tersebut.

Katanya, bertindak atas maklumat tersebut, pihaknya telah menghantar pegawai dan anggota ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat daripada saksi kejadian.

“Bagaimanapun mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan kerana terdapat kesan luka yang parah akibat tetakan dipercayai menggunakan parang.

“Mangsa yang berusia 40 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kanannya,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, berdasarkan maklumat saksi di tempat kejadian, mereka melihat dua lelaki melarikan diri dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih dengan nombor pendaftaran JTS 6818.

“Setelah semakan dibuat, nombor pendaftaran tersebut adalah palsu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di restoran tersebut akan dijadikan bahan bukti untuk kejadian tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut boleh menghubungi Inspektor Muhammad Syamil A.Fadzil di talian 013-7145506 bagi membantu mengesan suspek yang terlibat dengan kejadian tersebut.

-Utusan Online

Tags: ditetakparahParang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bakal Doktor Parah Jatuh Dari Tingkat Tujuh Kondo

Bakal Doktor Parah Jatuh Dari Tingkat Tujuh Kondo

26/08/2025
0

MELAKA: Seorang penuntut tahun akhir kolej perubatan swasta di negeri ini parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri disewa...

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd