• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Mahkamah Lupus Aset AS$681 Juta, Najib Beri Penjelasan

oleh AK-47
10/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membekukan aset Najib Razak atau ejennya berkaitan tuntutan syarikat itu terhadap AS$681 juta, bekas perdana menteri itu, hari ini membuat penjelasan.

Menerusi hantaran di Facebook, Najib berkata dirinya tidak mempunyai aset berjumlah AS$681 juta.

“Entah kenapa 1MDB fikir saya ada RM2.6 bilion (AS$681 juta) untuk bayar pampasan. Saya tak ada wang untuk bayar tuntutan cukai RM1.7 bilion LHDN, dia ingat saya ada wang untuk bayar RM2.6 bilion?

“Yang dimohon oleh saman 1MDB ialah saya tidak boleh memindahkan aset sehingga AS$681 juta. Sebab itu, mereka nak hadkan pengeluaran dari akaun bank saya termasuk akaun pencen saya ke RM100k sebulan,” katanya.

Selalsa lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam perintahnya hanya membenarkan Najib mengeluarkan tidak lebih RM100,000 sebulan daripada akaun banknya untuk perbelanjaan.

Berikut penjelasan penuh Najib.

Sudah musim PRN.

Firma guaman Messrs Rosli Dahlan Saravana iaitu firma milik peguam peribadi PM8 (Muhyiddin Yassin) dilantik untuk menjadi guaman 1MDB pada tahun lalu.

1MDB ini adalah di bawah kawalan menteri kewangan yang dilantik PM8.

1MDB keluarkan saman sivil (bukan jenayah) terhadap saya tahun lepas untuk menuntut ganti rugi sebanyak AS$681 juta.

AS$681 juta ini adalah jumlah yang terkenal sebagai RM2.6b yang pernah masuk akaun atas nama saya.

Di dalam kes jenayah berhubung 1MDB, saya telah didakwa sembilan tuduhan atas akta AMLA sebab RM2.6b ini pernah masuk akaun saya dan saya juga didakwaenam tuduhan sebab RM2.6b ini telah dipulangkan kepada penghantar empat bulan selepas diterima.

Walaupun dana dikembalikan sepenuhnya, 1MDB masih mahu saman saya.

Saman sivil ini adalah berdasarkan afidavit seorang pegawai 1MDB sahaja dan sebab ianya saman sivil, ianya tidak melibatkan hukuman penjara tetapi tuntutan ganti rugi sahaja.

Saman sivil berdasarkan afidavit sahaja juga pernah digunakan atas saya oleh kerajaan dalam kes lucut hak dana dan harta di mana kerajaan kalah kedua-dua kes tersebut.

Entah kenapa 1MDB fikir saya ada RM2.6b untuk bayar pampasan. Saya tak ada wang untuk bayar tuntutan cukai RM1.7b LHDN, dia ingat saya ada wang untuk bayar RM2.6b?

Saya tiada aset berjumlah AS$681 juta. Yang dimohon oleh saman 1MDB ialah saya tidak boleh memindahkan aset sehingga US$681 juta. Sebab itu, mereka nak hadkan pengeluaran dari akaun bank saya termasuk akaun pencen saya ke RM100k sebulan.

Amat jelas bahawa kes saman sivil 1MDB di bawah Menteri Kewangan (yang dilantik PM8) yang melantik firma guaman dimiliki peguam peribadi PM8 ialah untuk membina persepsi bahawa saya ada aset bernilai sehingga AS681 juta untuk dibeku.

Setelah bertahun-tahun menyiasat, kerajaan amat jelas berapa nilai aset yang saya ada.

Paling menarik ialah semasa 1MDB memohon mahkamah hadkan pengeluaran wang dari akaun saya, syarikat itu telah memberi jaminan (undertaking) kepada pesuruhjaya kehakiman bahawa mereka akan membayar sebarang ganti-rugi kepada saya sekiranya syarikat itu kalah saman sivil ini.

Ini adalah satu bentuk jaminan kerajaan. Adakah jaminan kerajaan ini telah diluluskan kabinet?

-Malaysia Kini

Tags: najibpenjelasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd