• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Haji Masih Tunggu Keputusan Arab Saudi

oleh AK-47
14/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan masih menunggu keputusan Arab Saudi berhubung kuota jemaah haji yang dibenarkan menunaikan ibadah itu tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, Menteri Haji Arab Saudi belum mengadakan mesyuarat lanjut bagi memutuskan perkara itu.

“Menteri Haji Arab Saudi masih belum memanggil Menteri Agama dan selepas Arab Saudi putuskan baharu kita akan maklumkan.

“Bantuan kewangan haji juga akan diteruskan namun kosnya bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Arab Saudi kerana pasti ada kenaikan kos,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Perdana di Menara Tabung Haji (TH), di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Dalam majlis itu sebanyak 25 van serba guna bernilai RM2.3 juta diserahkan kepada rumah kebajikan dan persatuan seluruh negara menerusi Program Mobiliti.

Sebelum ini, Malaysia mendapat kuota 30,000 jemaah haji setiap tahun dari kerajaan Arab Saudi.

Bagi musim Haji 1442 hijrah/2021, Arab Saudi mengehadkan ibadah haji kepada rakyatnya dan golongan ekspatriat yang berada di negara itu ekoran pandemik COVID-19.

Dalam majlis sama, Idris berkata, sistem penggiliran jemaah haji akan dikekalkan dengan memberi keutamaan kepada jemaah 2020 dan 2021 yang tidak dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Idris berkata, agihan keuntungan TH tahunan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Beliau juga memberi jaminan kadar agihan keuntungan itu kekal kompetitif kepada pendeposit di sebalik suasana ekonomi yang mencabar.

-Berita Harian

Tags: Arab SaudiHajikeputusankuota haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd