• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Kerajaan Panik Akibat Gegaran Gempa Bumi

oleh AK-47
25/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Situasi panik berlaku di beberapa bangunan jabatan kerajaan di pusat pentadbiran di sini, pagi tadi, apabila kakitangan kerajaan berpusu-pusu keluar dari pejabat susulan gegaran akibat gempa bumi yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia.

Gegaran gempa bumi itu antaranya dirasai di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kakitangan KPWKM, Siti Azila Wahi, 37, berkata beliau menyedari berlaku gegaran pada jam 9.40 pagi ketika menyelesaikan tugasan di hadapan komputer apabila melihat air dalam gelas berkocak, langsir pejabat bergerak dan kerusi beralih sendiri.

Katanya, melihat kejadian aneh itu, beliau terus mendapatkan rakan lain di pejabat dan diberitahu gegaran disebabkan gempa bumi yang berlaku di Indonesia.

“Gegaran itu sangat dirasai kerana saya berada di tingkat 38 dan berikutan kejadian itu, pihak pengurusan mengarahkan semua kakitangan turun berkumpul di kawasan lapang berhampiran bangunan pejabat,” katanya.

Bagi kakitangan KWP, Mohd Firdaus Karos, 36, beliau menyedari gegaran berlaku pada jam 9.50 pagi apabila dinding pejabat dan meja komputer di tingkat bawah bergegar dalam masa lima saat.

Beliau berkata, selepas lima minit gegaran berlaku sekali lagi dalam beberapa saat dan ia pengalaman pertama dirinya berdepan situasi itu.

Katanya, pihak keselamatan bertindak pantas dengan membunyikan loceng penggera keselamatan mengarahkan semua kakitangan mengosongkan pejabat dan berkumpul di kawasan lapang.

“Pasukan bomba turut datang memeriksa bangunan dan selepas diberitahu keadaan selamat semua kakitangan kembali ke pejabat pada jam 10.50 pagi,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) di laman rasmi Facebooknya berkata, gempa bumi kuat berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada jam 9.39 pagi.

Katanya, gempa bumi berlaku di koordinat 0.2° Utara dan 100.0° Timur Magnitud 6.1 manakala jaraknya 76 kilometer (km) Barat Laut dari Payakumbuh dengan kedalaman 10 km.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan gegaran turut dirasai di bahagian Barat Semenanjung membabitkan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

-Berita Harian

Tags: gempa bumiKakitangan Kerajaanpanik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd