• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Umrah Tarik Nafas Lega

oleh Mohd Arshad
12/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jemaah umrah sudah pastinya menarik nafas lega apabila mereka dapat menuntut pampasan daripada kerajaan berikutan kerugian yang dialami sepanjang penangguhan sementara ke Tanah Suci baru-baru ini.

Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad pada Jumaat yang mana masing-masing boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan dengan hanya membawa kad pengenalan diri.

Jelas beliau, jemaah juga tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran memandangkan senarai nama akan diberikan oleh agensi pelancongan yang mengendalikan umrah mereka.

Justeru, keputusan kerajaan membenarkan jemaah membuat tuntutan tersebut sedikit sebanyak mengubat kekecewaan bagi mereka yang sepatutnya terbang mengerjakan umrah Januari lalu, lebih-lebih lagi bagi jemaah yang mungkin tidak dapat pergi dalam masa terdekat kerana komitmen kerja dan urusan lain.

Selain itu, pemberian pampasan itu juga dapat membantu jemaah sekiranya perlu menanggung kerugian tertentu termasuk bayaran yang telah dibayar kepada agensi umrah.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata, kerajaan akan membayar 50 hingga 60 peratus kerugian yang dialami oleh jemaah umrah sepanjang penangguhan sementara ibadah tersebut selama sebulan, bermula 8 Januari.

Beliau berkata, Tabung Haji dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah melakukan tapisan senarai jemaah yang menanggung kerugian, bagaimanapun proses berkenaan masih dalam penelitian di peringkat akhir dan ia dijangka dapat diselesaikan pada pertengahan bulan ini.

Justeru, kenyataan beliau itu telah menimbulkan pelbagai persoalan dan perdebatan daripada pelbagai pihak terutama agensi yang mengendalikan umrah dan juga para jemaah.

Ada yang berpendapat, mekanisme pampasan untuk jemaah perlu diberi keterangan semula dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Ini termasuklah kesemua kerugian seperti tempahan hotel penginapan, pengangkutan dan kos-kos yang lain.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan mengumumkan keputusan menangguhkan ibadah umrah buat sementara berkuat kuasa 8 Januari berikutan penularan jangkitan Omicron.

Tiga minggu kemudian, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk membenarkan semula perjalanan umrah bagi jemaah dari Malaysia bermula 8 Februari.

Susulan daripada pembukaan semula perjalanan kepada jemaah umrah tersebut, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi ibadah umrah akan berkuat kuasa mulai Selasa ini.

Antara SOP baharu itu adalah keperluan ‘Person incharge (PIC)’ dari agensi pelancongan untuk memantau kepatuhan jemaah umrah, selain mewajibkan dos penggalak dan membenarkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan Home Quarantine Application (HQA).

Sehubungan itu, bakal jemaah perlu menitikberatkan prosedur operasi standard SOP tersebut bagi mengekang penularan Covid-19.

Ini kerana sejak kebelakangan ini berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 20,939 kes jangkitan Covid-19 pada Jumaat berbanding 19,090 kes pada Khamis.

-Sinar Harian

Tags: jemaah umrahpampasanumrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ukraine Guna Bitcoin Biayai Perang Dengan Rusia

Next Post

WHO Lulus Ubat Arthritis Rawat Pesakit Kritikal COVID-19

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

Next Post

WHO Lulus Ubat Arthritis Rawat Pesakit Kritikal COVID-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd