• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Huawei Bawa Sweden Ke Mahkamah

oleh AK-47
01/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Huawei Technologies Co. memulakan prosiding timbang tara terhadap Stockholm di bawah Kumpulan Bank Dunia selepas gergasi teknologi China berkenaan dilarang memasarkan rangkaian produk 5Gnya di Sweden, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

“Keputusan pihak berkuasa Sweden untuk mendiskriminasi Huawei dan mengecualikannya daripada pelancaran 5G dengan ketara telah menjejaskan pelaburan Huawei di Sweden serta melanggar kewajipan antarabangsa negara itu,’’ demikian menurut kenyataan Huawei kepada agensi berita AFP.

“Justeru, Huawei telah memulakan prosiding timbang menerusi Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID) di bawah Kumpulan Bank Dunia terhadap kerajaan Sweden,’’ tambah syarikat berpangkalan di China itu.

Huawei tidak menyatakan kerugiannya tetapi menurut stesen televisyen SVT, jumlah awal kerugian yang berlaku adalah sebanyak AS$550 million (RM2.3 bilion) dan diramal akan meningkat.

Pada pertengahan 2020, Sweden menjadi negara kedua di Eropah selepas Britain dan yang pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang secara langsung melarang pengendali-pengendali rangkaian daripada menggunakan peralatan Huawei untuk membina infrastruktur diperlukan bagi memperkenalkan rangkaian 5Gnya.

Dalam pada itu, Sweden turut mengarahkan Huawei untuk mengalih keluar peralatan yang telah dipasang sebelum 1 Januari 2025.

Perkara tersebut diputuskan oleh mahkamah Sweden menerusi Pihak Berkuasa Pos dan Telekom Sweden (PTS) pada Jun 2021 selepas rayuan dibuat oleh Huawei.

Keputusan itu telah merenggangkan hubungan antara Sweden dan China dengan Beijing ketika itu memberi amaran bahawa keputusan PTS mungkin mendatangkan kesan kepada syarikat-syarikat Sweden di China termasuk firma Ericsson.

-Kosmo Online

Tags: HuaweimahkamahSweden
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Percaturan Politik Azmin Mula Tunjuk Kepincangan – Halimey

Next Post

MUIP Sedia RM170.9 Juta Untuk Asnaf

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

29/11/2024
0

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Next Post

MUIP Sedia RM170.9 Juta Untuk Asnaf

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd