• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Tentera Russia Tawan Seluruh Ukraine Tidak Tercapai – UK

oleh AK-47
25/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON: Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace, hari ini, berkata Russia berhasrat untuk menawan seluruh Ukraine tetapi tenteranya gagal melaksanakan misi itu pada hari pertama pencerobohan semalam.

Russia melancarkan pencerobohan melalui darat, udara dan laut berikutan pengisytiharan perang oleh Presidennya, Vladimir Putin, yang disifatkan serangan terbesar ke atas negara Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

“Pada pandangan kami, tentunya Russia berhasrat untuk menyerang seluruh Ukraine, namun gagal mencapai mana-mana objektif utamanya.

“Berbeza dengan dakwaan hebat Russia dan gambaran Presiden Putin bahawa rakyat Ukraine akan dibebas serta dipindahkan, tentunya salah sama sekali.

“Hakikatnya, tentera Russia gagal mencapai objektif itu pada hari pertama pencerobohan,” katanya kepada Sky News.

Wallace juga mendakwa setakat ini, seramai 450 tentera Russia terbunuh dalam pertempuran berkenaan.

Sementara itu, Putin berkata, Russia sedang menjalankan ‘operasi ketenteraan khas’ untuk menghalang kerajaan Ukraine melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyatnya sendiri, bagaimanapun menurut Barat, ia satu tuduhan tidak berasas.

Putin mendakwa Ukraine adalah negara tidak sah dan mengikut sejarah, tanah itu masih milik Russia.

Russia berkata, pemimpin Barat dicengkam oleh Russophobia dan Amerika Syarikat (AS) serta sekutunya sudah merancang untuk melemahkan Russia selama beberapa dekad.

BHonline-

Tags: RusiaUkraineUnited Kingdom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

30/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd