• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, March 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Arah Peguam Bela Beri Keutamaan Kes Solar Rosmah

oleh AK-47
04/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, mengingatkan peguam bela kepada Datin Seri Rosmah Mansor, untuk memberikan keutamaan kepada kes rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak yang dihadapi isteri bekas perdana menteri itu.

Mohamed Zaini berkata, beliau mengambil maklum bahawa pasukan pembelaan mempunyai jadual yang ketat, bagaimanapun meminta mereka menulis surat kepada mahkamah bagi menangguhkan kes lain.

“Kes ini hendaklah diberi keutamaan. Ini adalah kes jenayah dan membabitkan saksi akhir pembelaan,” katanya.

Mohamed Zaini berkata demikian selepas menerima penjelasan peguam Rosmah apabila diberitahu bahawa saksi pembelaan kedua, bekas Pegawai Khas di di Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, tidak dapat hadir memberikan keterangan pada hari ini berikutan masih menjalani kuarantin wajib di rumah sekembali daripada mengerjakan umrah.

Peguam bela, Azrul Zulkifli Stork, memberitahu mahkamah, mengikut jadual asal, Siti Azizah sepatutnya pulang ke tanah air pada 27 Januari lalu dan selepas menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari, saksi itu sepatutnya memberikan keterangan pada hari ini seperti yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

Azrul berkata, bagaimanapun Siti Azizah terpaksa menunda penerbangan pulang kepada 29 Januari lalu kerana penerbangan dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur pada tarikh asal dibatalkan yang menyebabkan tempoh kuarantin wajib di rumah hanya berakhir esok

Selepas mendengar penjelasan peguam, Mohamed Zaini kemudian menangguhkan prosiding kepada kepada 15 Februari ini.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa.

Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari 2020.

-Berita Harian

Tags: Kes Solar RosmahRosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd