• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftar Pemilih PRN Johor Mula Dijual

oleh Mohd Arshad
22/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mula dijual di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Putrajaya dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor, mulai semalam.

Menurut SPR dalam kenyataan hari ini, menerusi peruntukan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, suruhanjaya itu dibenarkan menjual daftar pemilih termasuk Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2021 (DPT BLN12/2021) dan Daftar Pemilih Induk 2021 (DPI 2021) secara salinan cetak dan softcopy.

“Daftar pemilih softcopy boleh didapatkan dalam dua format berbeza, iaitu Portable Document Format (PDF) atau format Microsoft Access Database (MDB) dengan kadar harga yang telah ditetapkan dan boleh dibeli melalui Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di semua Pejabat PRN,” menurut kenyataan itu.

Katanya, SPR sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab serta fungsi-fungsinya termasuk urusan penyediaan daftar pemilih yang kini diperakukan dan diwartakan secara bulanan.

DPT BLN12/2021 diwartakan pada 14 Januari, DPI 2021 diwartakan pada 17 Januari, juga boleh disemak melalui beberapa kaedah termasuk di portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my; aplikasi dalam talian di https://mysprsemak.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak dan portal rasmi pejabat-pejabat PRN di laman http://ppn.spr.gov.my.

Di samping itu, SPR juga menyediakan kemudahan semakan dalam talian di https://myspr.spr.gov.my bagi pemilih berdaftar yang mempunyai akaun MySPR (sebelum ini dinamakan MySPR Daftar), selain menyemak senarai nama pemilih dalam DPT BLN12/2021 bagi bahagian pilihan rayanya.

SPR menegaskan, pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah berdasarkan maklumat warganegara diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

SPR menasihatkan semua bakal pengundi PRN Johor supaya membuat semakan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai semalam di pautan berkenaan atau hubungi 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

-Berita Harian

Tags: Daftar PemilihdijualPRN Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Perlu Muat Naik Gambar Keputusan Ujian COVID-19’

Next Post

Putin Hantar Tentera Ke Dua Wilayah Ukraine

Related Posts

Beg Tangan Mikroskopik Dijual Lebih AS$63,000

Beg Tangan Mikroskopik Dijual Lebih AS$63,000

06/07/2023
0

LONDON: Sebuah beg tangan yang dikatakan `lebih kecil daripada sebutir garam’ berjaya dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM292,476). Ikuti Mynewshub: Telegram...

Daging Lembu Tempatan, Ayam Segar, Ayam Tua Dan Santan Jadi Rebutan

Daging Lembu Tempatan, Ayam Segar, Ayam Tua Dan Santan Jadi Rebutan

20/04/2023
0

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 4.5 tan metrik daging lembu tempatan yang dijual pada harga RM36 sekilogram (kg) habis dalam tempoh dua...

Next Post

Putin Hantar Tentera Ke Dua Wilayah Ukraine

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd