• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Buruk Di Beberapa Negeri Malam Ini

oleh Mohd Arshad
21/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di negeri Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah yang dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

“Di Kedah kawasan yang terlibat ialah Baling dan Kulim, manakala di Perak kawasan yang dijangka terlibat ialah Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

“Selain itu, ramalan yang sama melibatkan Tanah Tinggi Cameron di Pahang,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berdepan dengan cuaca buruk malam ini.

“Begitu juga beberapa kawasan di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala di Negeri Sembilan melibatkan kawasan di Jelebu, Seremban dan Port Dickson,” jelasnya.

Manakala bagi Sarawak kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah, cuaca buruk tertumpu di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan),” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu.

Kosmo-

Tags: cuaca burukMetMalaysiaRamalan Cuaca
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Amaran hujan berterusan di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd