• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Kelantan Minta Bantuan JBPM Negeri lain

oleh Mohd Arshad
27/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan meminta bantuan daripada bomba negeri lain bagi membantu mangsa yang terjejas banjir di negeri itu untuk berpindah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin, berkata bantuan daripada bomba negeri lain termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan negeri yang tidak dilanda banjir diperlukan memandangkan jumlah mangsa meningkat mendadak.

Katanya, ada anggota termasuk pegawai yang sudah sampai di negeri ini dan ada juga dalam perjalanan untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Katanya, ada anggota termasuk pegawai yang sudah sampai di negeri ini dan ada juga dalam perjalanan untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Bagi bomba Kelantan sendiri, kesemua pasukan bomba iaitu 778 orang termasuk pasukan bomba bantuan dikerahkan untuk membantu mangsa.

“Selain itu, kita juga menggerakkan semua aset yang ada iaitu 43 unit bot, 33 kenderaan pacuan empat roda, 42 jentera bomba, 1,252 jaket keselamatan.

“Alhamdulillah, proses pemindahan mangsa setakat ini berjalan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, keadaan di Kelantan masih terkawal dengan bantuan dan kerjasama pelbagai agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi lain.

Katanya, pihaknya akan membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Bagi mangsa yang terjejas, kita minta mereka segera menghubungi pihak kita atau agensi keselamatan yang lain untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

BHonline-

Tags: BanjirJBPMKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd