• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biden Tetap Yakin Perang Akan Tercetus

oleh Mohd Arshad
20/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON : Kumpulan pemisah pro-Rusia mula memindahkan penduduk awam di timur Ukraine, sekali gus menguatkan dakwaan Rusia akan menyerang Ukraine dalam masa terdekat.

Rakaman imej satelit menunjukkan tentera Rusia bersiap siaga dengan mengumpulkan tentera darat, khemah tentera dan hospital lapangan berhampiran sempadan Ukraine.

Lapangan terbang dengan jarak masa penerbangan setengah jam dari Ukraine menunjukkan kawasan landasan dipenuhi pesawat serangan darat dan helikopter.

Kenderaan tempur infantri (IFV) dan peralatan sokongan dilihat diletakkan di pangkalan tentera di Filativka, 43 kilometer dari sempadan Ukraine dan pangkalan di Novoozernoye di Crimea.

Imej lain kelihatan penempatan helikopter dan pesawat su25 di Millerovo, Rusia, kira-kira 43 km dari sempadan Ukraine.

BONGKAR RAHSIA

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menegaskan tiada lagi ‘jalan keluar’ selain mendedahkan ‘rancangan’ Rusia terhadap Ukraine.

Beliau menzahirkan harapan supaya tidak berlaku peperangan antara Moscow dan Kyiv.

“Kita bongkar rancangan Rusia bukan kerana AS mahu terlibat dalam konflik, namun kerana kita lakukan mengikut kuasa yang ada untuk membatalkan segala hasrat Rusia yang berniat menyerang Ukraine.

“Sekiranya Rusia meneruskan rancangannya, negara itu perlu bertanggungjawab untuk perang pilihan yang dahsyat dan sia-sia,” tegasnya.

Menurut Biden, beliau yakin Presiden Rusia, Vladimir Putin memilih untuk menceroboh Ukraine berdasarkan maklumat perisikan AS.

Jelasnya, maklumat tersebut mendedahkan ibu negara di Kyiv akan menjadi sasaran utama Moscow.

Menerusi siaran televisyen dari White House, Biden berkata, AS mempunyai ‘alasan untuk percaya’ tentera Rusia ‘merancang untuk menyerang Ukraine dalam tempoh beberapa hari lagi’.

“Buat masa ini, saya yakin beliau (Putin) sudah mengambil keputusan tersebut.

“Rusia masih boleh memilih jalan diplomasi dan belum terlambat untuk mengurangkan ketegangan dan kembali ke meja rundingan,” katanya.

PENDUDUK DIPINDAHKAN

Jumaat lalu, pemimpin di kedua-dua kawasan puak pemisah mengumumkan pemindahan penduduk ekoran dakwaan Ukraine merancang melakukan serangan.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba berulang kali menegaskan tiada sebarang serangan dan menolak sebagai ‘laporan palsu oleh Rusia’.

Ratusan ribu penduduk tinggal di rantau itu dan pemindahan sedemikian akan menjadi satu usaha yang sangat besar.

Setakat ini, tiada sebarang petunjuk akan berlaku pemindahan besar-besaran, tetapi media Rusia melaporkan beberapa bas yang membawa penduduk tempatan sudah menuju ke Rusia.

Ketua Republik Rakyat Donetsk (DNR), Denis Pushilin mengumumkan pemindahan tersebut menerusi video yang dirakam Jumaat lalu.

Bagaimanapun, analisis BBC menunjukkan video itu dirakam dua hari lalu, sebelum permusuhan semakin meningkat.

Kremlin memaklumkan Putin mengarahkan kem pelarian didirikan berhampiran sempadan dan bantuan kecemasan dibayar kepada penduduk yang tiba dari kawasan puak pemisah.

-Utusan Online

Tags: Joe BidenKrisis Rusia-Ukraineperang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

25/06/2025
0

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam mengumumkan penamatan 'perang 12 hari' yang dicetuskan oleh Israel. Dalam perutusan kepada seluruh negara...

Biden Larang Kemasukan Kenderaan Pintar Dari China, Rusia Atas Faktor Keselamatan

Biden Larang Kemasukan Kenderaan Pintar Dari China, Rusia Atas Faktor Keselamatan

15/01/2025
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat perkhidmatannya Joe Biden, pada Selasa mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd