• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16,395 Kanak-kanak Di Kedah Sudah Divaksin

oleh AK-47
19/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 16,395 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Kedah telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Khamis.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, jumlah itu meliputi 6.5 peratus daripada jumlah keseluruhan 254,100 kanak-kanak dalam kumpulan umur terbabit berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 21.3 peratus atau 54,038 kanak-kanak telah mendaftar untuk mengambil suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera di bawah PICKids.

“Program ini bermula di Kedah pada 6 Februari, peratusan menunjukkan kadarnya masih rendah dan kita sasarkan untuk capai 50 peratus suntikan pertama hingga akhir bulan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dr Othman berkata, daerah Kubang Pasu mencatatkan penerima paling ramai setakat ini, iaitu 3,026 orang, diikuti Kuala Muda sebanyak 2,858 orang, Kota Setar (2,810), Kulim (2,706) dan Baling seramai 1,544.

“Kebanyakan daerah lain masih di bawah 700 penerima. Bagi mencapai sasaran, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah membuka kemudahan suntikan vaksinasi Covid-19 kanak-kanak di hospital, klinik kesihatan dan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) offsite.

“Kita juga bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk melakukan suntikan di sekolah atau PPV berdekatan secara berjadual mengikut sekolah,” katanya.

Menurutnya, sejumlah 636,514 atau 45.6 peratus populasi dewasa di Kedah telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat Khamis.

“Antara daerah tertinggi yang merekodkan penerima suntikan dos penggalak ialah Kuala Muda sebanyak 199,726 orang, Kota Setar 144,846, Kulim 119,546 dan Kubang Pasu seramai 56,194.

“Peratus keseluruhan kita masih bawah 50 peratus. Kita sasarkan peratusan sekurang-kurangnya 70 peratus, sama seperti sasaran untuk dos pertama dan kedua. Contohnya, Sarawak sudah mencapai lebih 70 peratus vaksinasi,” katanya.

Dr Othman berkata, daerah luar bandar seperti Sik, Baling dan Padang Terap masih menunjukkan maklum balas yang rendah sama ada untuk dos penggalak mahupun vaksinasi kanak-kanak.

“Antara punca penerimaan masih rendah disebabkan terdapat kalangan dewasa yang beranggapan memadai dengan dua dos suntikan vaksin dan tiada keperluan untuk dos penggalak.

“Ada yang terpengaruh dengan mesej atau video tular yang mengatakan terdapat kesan sampingan vaksin seperti strok atau sakit jantung.

“Sebahagian mengambil sikap tunggu dan lihat selain anti vaksin yang menolak semua jenis vaksin dan penerangan,” katanya.

Menurutnya, penerimaan vaksin untuk kanak-kanak pula dipengaruhi oleh pendaftaran menerusi MySejahtera yang masih rendah.

Dr Othman memaklumkan, tidak dinafikan penerimaan vaksin masih rendah kalangan Melayu berbanding kaum lain di negeri ini.

“Berdasarkan statistik penerima dos penggalak di Kedah setakat Jumaat, kaum Cina merekodkan 85 peratus, India sekitar 57 peratus manakala hanya 38 peratus adalah Melayu.

“Peratusan kaum bumiputera di Kedah agak tinggi dengan 86 peratus, dan 51 peratus kalangan lain-lain kaum,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Othman menasihatkan orang ramai agar mendapatkan vaksinasi untuk anak mereka susulan kes positif Covid-19 kini kembali tinggi.

“Usah dengar khabar angin, dapatkan maklumat tepat di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau JKN Kedah untuk rujukan,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Covid-19KedahPICKidsvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Johor: DAP Umum Calon Bentayan Dan Pekan Nenas, 3 Lagi Kerusi Masih Teka-teki

Next Post

JPA Diminta Pertimbang Senaraikan COVID-19 Sebagai Penyakit Berjangkit

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

JPA Diminta Pertimbang Senaraikan COVID-19 Sebagai Penyakit Berjangkit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd