• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Rakyat Malaysia Di Ukraine Sedang Dibawa Keluar

oleh Mohd Arshad
24/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 11 warga Malaysia yang berada di Ukraine sedang dibawa keluar dari negara Eropah tersebut susulan pelancaran operasi ketenteraan Rusia terhadap jirannya itu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi akaun sosial rasmi beliau malam ini sebagai mengulas perkembangan terkini di negara tersebut.

“Pihak kerajaan sedang berusaha melaksanakan proses evakuasi untuk kesemua 11 rakyat Malaysia yang masih lagi berada di Ukraine,” kata beliau melalui hantaran ringkas berkenaan.

Ia sebagai reaksi pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika acara lawatan rasmi di Kemboja petang tadi berhubung nasib baki warga Malaysia di Ukraine.

Terdapat sejumlah 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Kyiv dengan 12 orang daripada mereka sudah dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Presiden Rusia, Vladimir Putin pagi tadi telah mengisytiharkan pencerobohan pasukan tentera negara tersebut ke Ukraine serta siri serangan peluru berpandu dan roket dari pelbagai arah.

Mengulas lebih lanjut, Saifuddin turut mengesahkan bahawa pihak kedutaan juga memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat sebelum mereka dapat pulang ke Malaysia.

Beliau namun tidak menyatakan sama ada mereka akan dipindahkan menerusi jalan darat ke negara jiran atau laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil dekat Kyiv.

Pejabat misi diplomatik tersebut boleh dihubungi terus menerusi telefon +380 442 855 271 atau talian khas selepas waktu pejabat pukul 5 petang hingga 8 pagi iaitu +380 988 387 885.

Kosmo-

Tags: rakyat MalaysiaRusiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd