• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Atau Patriotisme

oleh Mohd Arshad
29/01/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Wang amat penting dalam kehidupan ini, tetapi tidaklah bermakna wang adalah segala-galanya.

Para perajurit dan pejuang kemerdekaan menumpahkan darah dan air mata demi membebaskan tanah air.

Mereka tidak dibayar lumayan untuk sebuah pengorbanan sebaliknya atas jiwa patriotik anak watan.

Yang penting maruah negara mereka mahukan pertahan kerana itulah nilai bakti dan jasa yang tiada bandingan.

Entah bagaimana kisah hebat pengorbanan para pahlawan negara tiba-tiba mencuit benak hati.

Tatkala membaca cerita kontroversi membabitkan bekas Pengarah Akedemi Mokhtar Dahari, Lim Teong Kim.

Siapakah Teong Kim? Berdasarkan catatan di internet beliau bekas pemain bola sepak kebangsaan era 80-an.

Pernah beraksi di Eropah bersama kelab Hertha Berlin yang bermain di divisyen 3 Jerman.

Sebelum memulakan langkah ke dalam bidang kejurulatihan dengan berkelana ke Jerman.

Beliau juga bekas jurulatih pasukan remaja Bayern Munich dan kini memegang Lesen Profesional UEFA.

Hebat anak Malaysia ini, namun kehebatan itu terpalit kontroversi agak kurang menyeronokkan.

Tunku Mahkota Johor mendakwa Teong Kim meletakkan bayaran terlalu tinggi untuk ‘kehebatannya’.

Pernah minta bayaran 70,000 hingga 80,000 euro (RM327,000-RM374,000) sebulan daripada baginda.

Justeru, nilai itu pada Tunku Ismail Sultan Ibrahim terlalu tinggi jika Teong Kim dicadangkan sebagai jurulatih Malaysia.

Teong Kim namun menafikan pendedahan tersebut, tetapi mengungkit mengenai lesen dimilikinya.

Bagi penulis apa yang didedahkan TMJ tersebut sekadar mahu mengingatkan tentang semangat patriotik.

Perasaan sayang dan cintakan negara perlu melebihi segala-galanya seperti pernah diperlihatkan patriot tanah air.

Tidak adil untuk membandingkan TMJ berbelanja besar untuk kelab bola sepak miliknya JDT.

JDT selain sebuah kelab bola sepak profesional juga bersifat bisnes dan komersial.

Perbelanjaan besar antara aspek pelaburan yang bertujuan menjana lebih prestij dan keuntungan.

Apa yang disentuh baginda adalah tentang skuad kebangsaan yang membawa nama Malaysia.

Ia sebuah sentuhan nasional berbanding komersial tanpa pulangan besar wang ringgit.

Jadi pada penulis tidak perlu untuk Teong Kim melenting dengan dakwaan itu jika berpendirian ia tidak benar.

Wajar sahaja diperjelaskan dengan baik kepada Tunku Ismail berserta bukti-bukti yang boleh menafikan.

Ini kerana Tunku Mahkota Johor berkata demikian berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada saksi-saksi.

-Mynewshub

Tags: bola sepakTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

‘Aneh FIFA Layan Aduan Daripada Individu Luar’ – TMJ

‘Aneh FIFA Layan Aduan Daripada Individu Luar’ – TMJ

26/10/2025
0

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan agak aneh tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melayan aduan berhubung isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd