• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umrah: SOP Baharu Telah Diperhalusi, Tunggu Kelulusan – MOTAC

oleh AK-47
29/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata prosedur operasi standard (SOP) baharu perjalanan umrah telah diperhalusi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan akan dibawa ke mesyuarat kuartet untuk kelulusan.

MOTAC berkata SOP berkenaan merupakan panduan untuk mengekang penularan COVID-19 ketika jemaah mengerjakan umrah dengan memberi tumpuan kepada antaranya setiap jemaah dilindungi oleh insurans yang memberi perlindungan kesihatan termasuk keperluan rawatan, isolasi dan kuarantin bagi jangkitan COVID-19 semasa di Arab Saudi dan semasa pulang ke Malaysia.

Selain itu, SOP itu juga memastikan jemaah lengkap vaksinasi dan mewajibkan dos penggalak demi keselamatan dan kesejahteraan mereka serta syarikat pengendali umrah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada jemaah mengenai tanggungjawab, tatacara, liabiliti dan arahan sepanjang perjalanan umrah jemaah.

MOTAC dalam satu kenyataan hari ini berkata proses memuktamadkan SOP baharu telah mengambil kira kepentingan semua pihak secara holistik termasuklah mengimbangi aktiviti umrah dengan pelaksanaan prosedur protokol kesihatan dan keselamatan yang lebih rapi demi memelihara kebajikan Keluarga Malaysia yang berada di Tanah Suci dan juga ketika jemaah pulang ke tanah air.

Katanya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berharap keputusan itu akan disambut baik oleh syarikat pengendali umrah dan buat Keluarga Malaysia serta mengingatkan semua pihak untuk mematuhi SOP baharu yang akan diumumkan kelak bagi mengekang penularan COVID-19.

MOTAC berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Jan lepas telah bersetuju untuk membenarkan semula perjalanan umrah bagi jemaah dari Malaysia bermula 8 Februari ini selepas kerajaan menggantung sementara perjalanan menunaikan ibadah umrah setelah menilai data penularan COVID-19 varian Omicron dalam kalangan jemaah yang pulang ke tanah air.

Selain daripada penilaian data KKM, penggantungan sementara pada masa ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada agensi kerajaan dan semua pihak yang terlibat menilai dan menambah baik SOP umrah.

MOTAC berkata sebanyak lapan sesi libat urus telah diadakan sejak Disember tahun lepas antara Menteri Pelancongan Seni dan Budaya dan syarikat pengendali umrah seperti Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

-Awani

Tags: MOTACSOPumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Beri Amaran Keras Kepada King Sing, MOTAC Isu Arak

PM Beri Amaran Keras Kepada King Sing, MOTAC Isu Arak

07/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong...

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd