• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perak Belum Putuskan Jumlah Jentera Bantu PRN Johor

oleh Mohd Arshad
26/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH : UMNO Perak belum memutuskan jumlah jentera yang akan dihantar bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kekuatan jentera yang akan dihantar ke Johor bergantung kepada bilangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang perlu dijaga pihaknya.

“Bergantung kepada tugasan dan setakat ini saya belum lagi mendapat tugasan secara rasmi. Seperti di PRN Melaka, kita diarah untuk jaga dua DUN dan di PRN Johor ini pula, belum tahu lagi berapa.

“Jadi, kita punya kekuatan jentera bergantung kepada berapa DUN yang kita perlu jaga,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat tapak projek Bandar Tasik Idaman (Spanish Garden by The Water) di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas pujian yang diberikan Ketua Pembangkang Perak, Dr Abdul Aziz Bari mengenai kehadirannya pada program anjuran mereka di Taiping, Saarani memberitahu, keterbukaannya itu dilakukan ikhlas demi rakyat.

Malah, Saarani berkata, tindakannya itu juga bagi berlaku adil kepada rakyat dan bukan bertujuan untuk meraih pujian.

“Baguslah jika pembangkang suka kepada Menteri Besar, ini adalah satu petanda yang sangat baik. Seperti saya sebutkan, saya seboleh mungkin akan berlaku adil kepada semua rakyat.

“Kita mahu rakyat menilai kepimpinan saya dan Barisan Nasional (BN). Kita juga mahu mereka nampak apa yang kita cakap, akan dilaksanakan dan bukannya hanya retorik,” katanya.

Abdul Aziz menerusi laporan media pada Isnin lalu memuji Saarani dengan menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu melambangkan politik baharu dan matang.

Menurut Abdul Aziz, kesediaan Saarani itu amat perlu bagi mengurangkan pergeseran dan perselisihan yang tidak perlu dan melampau sekali gus dilihat mengutamakan kebajikan rakyat.

-Utusan Online

Tags: jenteraPRN JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd