• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Nafi Tawar 4 Kerusi Untuk Ditandingi PAS

oleh Mohd Arshad
27/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : UMNO Johor menafikan ada membuat tawaran kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu untuk ditandingi PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nanti.

Setiausahanya, Datuk Samsolbari Jamali, berkata desas-desus yang tersebar menyatakan PAS ada membuat tuntutan sejumlah kerusi bagi bertanding menerusi Muafakat Nasional (MN) adalah ‘cerita lama’.

“UMNO Johor tiada membuat sebarang tawaran baharu kepada PAS bagi bertanding PRN Johor menerusi MN. Desas-desus menyatakan UMNO menawarkan empat kerusi kepada PAS dengan parti itu sebaliknya menuntut sejumlah 20 kerusi, adalah cerita lama.

“Bagaimanapun, kepemimpinan tertinggi masih belum membuat keputusan sebarang kerjasama bersama parti atau gabungan lain termasuk dengan PAS, ketika lagi akar umbi mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada PRN Johor.

“Setakat ini juga tiada sebarang rundingan bersama PAS dilakukan walaupun ada dakwaan mengatakan sebaliknya,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, UMNO dan BN dilaporkan masih belum memuktamadkan sama ada akan bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRN Johor.

Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata perkara itu masih diteliti.

“Kita kena melihat dan kaji dengan teliti (kerjasama dengan PAS). Ini kerana majoriti kepemimpinan di semua peringkat bahagian serta akar umbi, mahukan BN bergerak sendirian dalam PRN ini,” katanya.

Ahad lalu, PAS Johor dilaporkan berharap untuk mendapat tempat untuk bertanding dalam PRN menerusi kerusi MN.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin, dilaporkan berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar, dalam masa terdekat.

Pada 18 Disember lalu pula, Hasni dilaporkan mempersoalkan kejujuran PAS dalam MN apabila menolak empat kerusi ditawarkan kepada mereka dengan mendakwa PAS lebih tertarik dengan tawaran 15 kerusi diberikan BERSATU.

-Berita Harian

Tags: kerusiPASPRN JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penerbangan Umrah Tidak Semesti Pada 8 Februari: Nancy

Next Post

KKM, MKN Perlu Dinamik Buat Keputusan SOP Jemaah Umrah

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

KKM, MKN Perlu Dinamik Buat Keputusan SOP Jemaah Umrah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd