• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umno Johor Bermesyuarat Bincang Calon PRN, Petang Ini

oleh Mohd Arshad
22/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Setiap ketua bahagian Umno Johor diarahkan untuk memberikan dua nama bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), bagi dipertimbangkan sebagai calon parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN), yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Seorang ketua bahagian Umno Johor yang enggan namanya didedahkan berkata, arahan itu dikemukakan kepada semua 26 ketua bahagian parti itu yang akan menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor, petang ini.

Katanya, agenda berkenaan antara yang dimaklumkan akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, sekali gus mengesahkan desas-desus PRN Johor, bakal diadakan tidak lama lagi.

“Setiap ketua bahagian Umno diminta senaraikan dua nama bakal calon untuk setiap kawasan Dun masing-masing.

“Kerusi itu berdasarkan apa yang kita tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Perbincangan lanjut berkaitan calon termasuk kelayakan dan kriterianya akan dibincangkan pada mesyuarat nanti,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, minggu hadapan, bagi memohon perkenan pembubaran Dun Johor.

Sumber Umno Johor dilaporkan berkata, perkenan Sultan Johor itu bagi membolehkan Dun Johor dibubarkan pada hujung minggu hadapan.

Untuk rekod, terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor dengan agihan terkininya adalah Umno dan DAP masing-masing 14, Bersatu (11), MIC (dua), PAS (satu), sementara Amanah (enam) dan PKR pula (tujuh).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

Dalam pada itu, ketua bahagian berkenaan berkata, keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada PRN Johor yang bakal diadakan akan diputuskan.

Katanya, beliau berkata, ia antara agenda yang disenaraikan selain perbincangan mengenai calon selain persiapan jentera parti.

“Sebelum ini ketetapannya adalah BN bergerak solo seperti dinyatakan kepimpinan tertinggi parti.

“Namun, pada mesyuarat berkenaan dijangka akan diputuskan sama ada gabungan lain menyertai BN dalam PRN nanti atau muktamad kita bergerak solo

“Mungkin sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kepimpinan tinggi dan mandat berkenaan mungkin akan disampaikan Pengerusi Perhubungan Umno Johor petang nanti,” katanya.

-Harian Metro

Tags: JohorPRN JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd