• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Mahu Kerajaan Terus Atas Ihsan Pembangkang, Hasni Mahu Mandat Baharu

oleh Mohd Arshad
22/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak mahu Kerajaan Negeri terus bergerak atas ihsan pembangkang, seperti yang terjadi pada masa kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata, sebagai contoh, beberapa rundingan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat berjalan kerana majoriti tipis satu kerusi, serta faktor Speaker DUN merupakan parti pihak lawan.

Atas sebab itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata, beliau perlu mendapatkan mandat baharu untuk memastikan UMNO dan BN dapat mentadbir negeri dengan stabil.

“Dan Speaker (Suhaizan Kayat) bukan daripada parti kerajaan, tetapi mungkin Speaker atas ihsan untuk pastikan kerajaan ini berjalan, maka undi penentu itu diberikan kepada kerajaan.

“Itu yang saya maksudkan kita bergerak atas ihsan (pembangkang), dengan satu majoriti kerusi, tidak boleh sesiapa pertikaikan bahawa Kerajaan Johor adalah berada dalam keadaan amat tidak stabil.

Johor tak sepatutnya dalam keadaan sedemikian,” tegasnya lagi.

Awal hari ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut satu kenyataan di Facebook, Baginda Tuanku Sultan berkenan telah menerima menghadap Hasni pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini sebelum memberi perkenan.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, beliau hanya mewarisi jawatan kerusi Menteri Besar, tanpa mendapat mandat yang sah melalui pilihan raya.

Tegasnya lagi, dengan mandat itu, beliau mahu membawa negeri dan rakyatnya menikmati satu era yang lebih berjaya, dengan pembangunan yang lebih mampan dan strategik untuk kemakmuran semua pihak.

“Sewaktu saya menerajui kerajaan negeri, saya (hanya) warisi kepimpinan negeri, I have big shoes to fit in, yang ditinggalkan oleh pemimpin Barisan Nasional dahulu.

Maka saya, tak mahu melihat Johor sebagai just an ordinary state, especially during under my watch.

“Saya ingin lihat Johor maju, negeri yang rancak perancangannya, dan untuk tujuan itu saya perlukan a fresh mandate.

Saya perlu mendapat semula mandat dari rakyat Johor.

“Bagaimana kerajaan yang kuat dapat membantu negeri dan rakyat Johor, untuk lebih maju berjaya, dan berdasarkan kepada strategik Johor dan potensi Johor. Maka pilihan raya negeri ini dianggap usaha untuk mendapatkan semula mandat rakyat,” katanya lagi.

Awani-

Tags: hasni mohammadmenteri Besar JohorPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Tewaskan Hasni Di Pontian

Ahmad Maslan Tewaskan Hasni Di Pontian

19/03/2023
0

PONTIAN : Selepas 22 tahun menerajui UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad, tewas kepada timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan...

[TIDAK RASMI] Hasni Mendahului Di Simpang Renggam

PRU15: Kemenangan 9 Kerusi Parlimen Di Johor Memeranjatkan – Hasni

20/11/2022
0

KLUANG : Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) Johor yang hanya memenangi sembilan kerusi Parlimen adalah sesuatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd