• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terence Dakwa Dihidang Minuman Aneh Sebelum Ditahan

oleh AK-47
15/01/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa dihidangkan minuman ‘aneh’ sebelum ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang kelmarin kerana disyaki positif dadah.

ADUN DAP itu berkata, dalam kenyataan beramaran beliau kepada polis, beliau menyatakan sebelum ditahan, beliau diundang bertemu kawan-kawan yang juga klien untuk perjumpaan dan makan sempena Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang.

Menurutnya, apabila tiba di Perai, beliau dibawa ke lokasi yang mana beliau kemudian ditahan.

Katanya, beliau teragak-agak untuk masuk ke premis terbabit, namun akhirnya masuk.

“Saya tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang. Saya terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencing saya positif, kerana saya ini merokok pun tidak.

“Saya dihidangkan minuman yang ‘aneh’, saya tidak meminumnya selepas merasa sedikit.

“Keesokkan harinya saya dimaklumkan bahawa ketika saya ke tandas, seseorang telah datang ke meja dan mengisi gelas minuman saya,” katanya dalam kenyataan dalam Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, ekoran insiden itu, semalam sebaik sahaja dibebaskan daripada ditahan polis, beliau telah membuat laporan polis menyatakan beliau terdedah kepada anasir yang mencurigakan.

Terence berkata, beliau juga telah menamakan saksi kejadian tersebut.

“Saksi tersebut telahpun memberi kenyataan kepada polis dan mengesahkan apa yang dia lihat. Berikutan dengan ini, saya telah memohon pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut dan orang ramai boleh menilai kenyataan beramaran saya kepada pihak polis dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

“Saya akan mempertahan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah,” katanya.

Menurutnya, setelah begitu lama terlibat dalam dunia politik dan setelah dua penggal dilantik sebagai ADUN, beliau amat menyedari tanggungjawab seorang wakil rakyat dan salah satunya untuk mematuhi undang-undang.

“Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan malah perlu nampak sebagai terlaksana. Itulah pendirian saya selama ini.

“Saya faham kekecewaan mereka di sekeliling saya yang berpunca daripada insiden terbaru ini yang mana saya dilaporkan ditahan kerana didapati positif dadah.

“Tiada apa yang berubah dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap pengundi saya serta tetap berpendirian bahawa dadah adalah permasalahan sosial dan akan terus berjuang menentangnya,” katanya.

Terence berterima kasih kepada kepemimpinan parti atas sokongan dan kepercayaan mereka kepadanya.

Mengenai pendirian DAP Perak yang menuntut penjelasan, Terence berkata, beliau akan mematuhinya.

“Sebagai Adun yang bertanggungjawab dan dilantik di bawah bendera parti, saya juga bersedia untuk melindunginya daripada sebarang masalah dan bersedia untuk digantung keahlian, supaya pihak parti tidak terheret sama dalam kes ini.

“Buat para penyokong yang mengenali saya secara peribadi, terutamanya penduduk Pasir Bedamar, saya dengan rendah hati memohon maaf kerana meletakkan diri dalam posisi yang berbahaya,” katanya.

-Utusan Online

Tags: ADUN Perakdadahpositif dadahTerence Naidu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd