• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Kena Sediakan Undi Pos di Singapura

oleh AK-47
29/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mewujudkan satu kaedah undi pos bagi membolehkan lebih 400,000 rakyat Malaysia termasuk pengundi Johor untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, inisiatif berkenaan akan membolehkan rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang mengundi akibat pandemik Covid-19 menunaikan tanggungjawab mereka.

“Disebabkan pandemik Covid-19, ramai tidak akan pulang untuk mengundi kerana jika mereka balik akan tetap dikuarantin terlebih dahulu. Jadi kita harap SPR menyediakan kaunter untuk kemudahan undi pos di Singapura.

“SPR menerusi kerajaan boleh berbincang dengan Singapura untuk tujuan itu bagi memastikan pekerja Malaysia di republik berkenaan terutama rakyat Johor dapat mengundi dalam PRN ini,” katanya ketika ditemui pada Program Perayaan Ponggal anjuran Persatuan Semangat Ibu Tunggal Negeri Johor di Kota Puteri, di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Pengerusi PKR Johor itu turut memberitahu, perbezaan pendapat berhubung calon Menteri Besar Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya dibincangkan buat waktu ini.

“Tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha memenangi PRN terlebih dahulu, mana-mana parti komponen berhak mencalonkan Menteri Besar daripada parti mereka.

“Isu penggunaan logo berlainan sudah berjaya diselesaikan dan ia bukan lagi menjadi masalah kerana ia hanyalah isu remeh. PKR juga tidak mahu menggunakan logo Pakatan Harapan kerana menganggap itu satu legasi kegagalan kepimpinan terdahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hassan berkata, UMNO menggunakan taktik kotor untuk memenangi PRN Johor apabila menyasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah, iaitu di bawah 65 peratus kerana mereka sedar akan berdepan kesukaran menang jika peratusan keluar mengundi tinggi.

Katanya, UMNO juga mengharapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dilaksana bagi menyukarkan pengundi keluar mengundi kerana rasa terbeban.

“SOP yang dilakukan seperti PRN Melaka sebelum ini tidak benarkan parti untuk berkempen seperti biasa dan ini akan menjejaskan parti-parti pembangkang khususnya PH. Ini bermakna kaki dan tangan kita seakan ‘terikat’ untuk bersaing apabila masuk gelanggang PRN Johor. Sistem demokrasi telah disalahgunakan. Mereka harap apa yang berlaku pada PRN Melaka akan berlaku pada PRN Johor,” katanya.

Tambah beliau, PRN sepatutnya diadakan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa, bukan dalam keadaan rakyat terhimpit kerana pandemik Covid-19 dan bencana banjir.

“PRN juga sewajarnya diadakan dalam keadaan dimana pengundi mempunyai maklumat yang cukup melalui pelbagai saluran media sama ada media cetak dan elektronik,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: PRN JohorSingapuraSPRundi pos
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Umrah: SOP Baharu Telah Diperhalusi, Tunggu Kelulusan – MOTAC

Next Post

Bank Ada Kemampuan Lanjutkan Moratorium

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Next Post

Bank Ada Kemampuan Lanjutkan Moratorium

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd