• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Media MB Johor Esok, Cetus Khabar Angin Pembubaran DUN

oleh Mohd Arshad
21/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad, akan mengadakan sidang media khas esok, dengan khabar angin mengaitkan ia akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sumber UMNO Johor mengesahkan perancangan sidang media itu selepas Badan Perhubungan UMNO Johor mengadakan mesyuarat khas esok.

“Esok, UMNO Johor dijadualkan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan secara lanjut mengenai PRN negeri, terutama pembentangan nama-nama calon.

“Kesemua 26 ketua bahagian UMNO Johor akan hadir mesyuarat esok dan selepas itu satu sidang media khas dijangka diadakan.

“Setakat ini masih tiada tarikh sebenar pembubaran DUN Johor seperti yang didakwa sebuah portal semalam, namun ia memang ke arah itu dalam masa terdekat.

“Hanya Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor boleh menjawab berkenaan tarikh pembubaran DUN dan mungkin ia akan terjawab esok,” katanya ketika dihubungi.

Sebuah portal semalam mendakwa surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat.

Laporan itu yang memetik sumber UMNO turut mendakwa, DUN Johor akan dibubar pada Ahad ini, selepas permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana Johor.

Bagaimanapun, Suhaizan Kaiat menafikan sudah menerima surat makluman daripada dariapada Menteri Besar berhubung pembubaran itu.

Semalam, Hasni ketika berucap pada sebuah majlis di Iskandar Puteri dilaporkan memberi isyarat PRN Johor, mungkin diadakan dalam masa terdekat.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, turut memberi jaminan, jika DUN Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN dalam waktu terdekat itu, ia tidak akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Isyarat DUN Johor akan dibubarkan mula hangat diperkatakan sejak akhir tahun lalu, apabila beberapa siri mesyuarat berlangsung membabitkan Badan Perhubungan UMNO negeri bersama Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan Pusat terutama selepas kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian, pada 21 Disember lalu

Ia disusuli dengan pertemuan antara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar awal bulan ini, yang antara lain dipercayai menyembah maklum hasrat kerajaan negeri untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRN dilaksanakan selepas kerajaan negeri memiliki satu majoriti di dalam DUN.

Dalam pada itu, sumber UMNO turut memaklumkan Presiden UMNO dijangka akan berada di Johor Bahru, Selasa ini.

“Presiden UMNO dijangka akan mengadakan mesyuarat dengan UMNO Johor berhubung PRN Johor dengan lebih lanjut,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Johorkhabar anginPembubaran DUNSidang Media MB Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd