• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Terbabit Banjir Dibuka Apabila Sedia Beroperasi – KPM

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengoperasian semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang terbabit dengan bencana banjir hanya akan bermula selepas ia bersedia untuk beroperasi.

KPM dalam satu kenyataan malam ini, memaklumkan apabila institusi pendidikan itu selesai dibersihkan dan bersedia untuk kembali beroperasi, ia akan dibuka semula pada Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya.

Katanya, kementerian akan terus memantau dan mengemas kini senarai institusi pendidikan yang dilanda banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) pada setiap Rabu.

“Perubahan senarai yang dikeluarkan oleh KPM adalah tertakluk kepada situasi semasa bencana banjir.

“Justeru, mungkin terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan institusi pada setiap minggu.

“Senarai ini boleh diakses melalui laman sesawang KPM

https://www.moe.gov.my/.

“Bagi institusi pendidikan yang selesai dibersihkan dan bersedia untuk kembali beroperasi, pengoperasiannya akan bermula pada Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya,” katanya.

Institusi pendidikan KPM merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru. Ia juga terpakai kepada sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Pada 24 Disember tahun lalu, KPM mengumumkan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 3, 2021/2022 adalah pada

9 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 10 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B.

Dalam perkembangan berkaitan, KPM turut memaklumkan setakat hari ini terdapat 18 institusi pendidikan membabitkan 16 sekolah rendah dan dua sekolah menengah masih dinaiki air.

Katanya, sebanyak 87 institusi pendidikan masih dijadikan PPS, manakala lapan lagi yang terkesan akibat banjir belum bersedia untuk beroperasi.

-Berita Harian

Tags: BanjirKPMmangsa banjirSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd