• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risda Bantu Pekebun Kecil Terjejas Banjir

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA : Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menubuhkan pasukan sukarelawan banjir yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan pasca banjir serta persediaan menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir di setiap negeri.

Ketua Pengarah Risda, Abdullah Zainal berkata, sukarelawan banjir yang membabitkan seramai 140 orang setiap negeri bersiap siaga membantu mangsa banjir dalam semua situasi.

Menurutnya, pasukan sukarelawan itu ditubuhkan selaras saranan Ketua Setiausaha Negara dalam menggerakkan agensi kerajaan untuk membantu pemulihan pasca banjir dengan segera.

“Pasukan sukarelawan Risda telahpun menyumbang tenaga di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan baru-baru ini membabitkan kerja-kerja pembersihan dan pembahagian sumbangan,” katanya pada majlis penyampaian bantuan mangsa banjir Pekebun Kecil Risda Daerah Bera d Kampung Batu Papan di sini hari ini.

Abdullah berkata, agensi berkenaan melalui Yayasan Risda dan Risda Estates Sdn. Bhd. menyampaikan sumbangan sebanyak RM13,000 kepada 50 orang ketua keluarga pekebun kecil mangsa banjir di daerah Bera hari ini.

Beliau berkata, sumbangan itu membuktikan Risda peka dan prihatin dengan kesulitan yang menimpa mangsa banjir yang membabitkan pekebun kecil.

“Sumbangan kepada mangsa terjejas banjir gelombang pertama pertengahan Disember lalu ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka menghadapi musibah banjir, terutama dari segi keperluan rumah,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Banjirmangsa banjirPekebun KecilRisda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd