• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Guru Besar Dipenjara Tiga Bulan, Denda RM20,000

oleh Mohd Arshad
11/01/2022
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM20,000 ke atas seorang guru besar selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan melantik syarikat milik isterinya dalam urusan berkaitan sukan perahu layar, kira-kira lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut memerintahkan tertuduh Khairul Azizi Ab Aziz, 55, dihukum penjara tambahan selama 12 bulan, jika tertuduh yang beralamat di Pulau Tioman, Rompin gagal menjelaskan denda.

Khairul Azizi didakwa melakukan kesalahan itu semasa berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Cherating di sini, dengan mencadangkan syarikat milik isterinya, Sueazizi Enterprise kepada guru besar sekolah itu bagi urusan bayaran pesanan sekolah.

Ia membabitkan bayaran berkaitan peruntukan perahu layar bagi latihan Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) bernilai RM1,200 pada 19 Mac 2014 dan bayaran RM700 bagi program perahu layar anjuran Kementerian Pendidikan pada 15 Disember 2014.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan bahawa dirinya telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 31 tahun dan dilantik sebagai guru besar pada tahun 2016.

“Kesalahan dilakukan semasa saya guru penolong kanan dan semasa itu, tidak pernah mengikuti apa-apa kursus formal berkaitan pengurusan kewangan kerajaan. Sebagai jurulatih MSSP, saya cuba memaksimumkan nilai ringgit yang diperuntukkan bagi memastikan sukan perahu layar berada di landasan yang betul.

“Murid yang terbabit datang dari pelbagai daerah seperti Rompin, Jerantut, Bentong dan Kuantan. Saya mengorbankan masa dan wang ringgit membantu mereka kerana ada yang datang daripada keluarga susah sedangkan sukan perahu layar agak mahal.

“Sepanjang saya menguruskan sukan ini sejak tahun 2010 hingga sekarang, sukan pelayaran telah melahirkan ramai atlet termasuk ke peringkat Olimpik di Jepun tahun lepas,” katanya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Khairul Azizi juga memaklumkan tidak pernah mengulangi kesilapan itu dan mengikuti setiap tatacara pengurusan kewangan kerajaan setelah dia mengikuti kursus berkaitan hal tersebut selepas bergelar guru besar.

Selain itu, dia juga memohon ihsan mahkamah menjatuhkan hukuman rendah kerana dirinya menanggung beban hutang dalam menyara isteri yang kini tidak bekerja dan dua anak yang masih belajar di institusi pengajian tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Siti Sarah Zainal Abiddin.

Bernama-

Tags: Guru BesarMSSPrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd