• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: BERSATU Pertahan 11 Kerusi DUN

oleh Mohd Arshad
24/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membayangkan mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) BERSATU, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan penuh termasuk meletakkan calon untuk penambahan kerusi akan diputuskan selepas mesyuarat majlis tertinggi yang akan dipengerusikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, pengagihan kerusi untuk PRN Johor juga akan mengambil kira hasil keputusan pada mesyuarat pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).

“Tetapi kita jangka akan mempertahankan 11 kerusi DUN yang dimenangi BERSATU pada PRU lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika mengulas pendirian BERSATU mengenai PRN Johor selepas DUN negeri itu dibubarkan Sabtu lalu.

BERSATU mempunyai 11 kerusi iaitu DUN Gambir, Puteri Wangsa, Tenang, Kempas, Bukit Kepong, Bukit Permai, Larkin, Permis, Sedili, Johor Lama dan Endau.

Mengulas lanjut, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, berkata sepatutnya DUN Johor tidak dibubarkan kerana rakyat masih lagi berdepan kesan musibah termasuk pasca banjir.

“BERSATU dari awal lagi tidak bersetuju DUN Johor dibubarkan kerana negara masih berhadapan dengan pelbagai musibah termasuk pandemik COVID-19 dan bencana banjir.

“Pimpinan tertinggi BERSATU sudah memberi pandangan PRN Johor tidak perlu diadakan dan mencadangkan agar pembubaran DUN negeri itu ditangguhkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, BERSATU memutuskan untuk meletakkan calon terutama mengekalkan 11 DUN yang dimenangi selepas kerajaan negeri memutuskan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

-Berita Harian

Tags: BERSATUkerusiPRN Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘UMNO Mahu Tanding 42 Kerusi DUN Johor’ – Mohamad Hasan

Next Post

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

Related Posts

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

03/11/2024
0

Kota Bharu : Tiga daripada 14 bahagian BERSATU di Kelantan tidak dapat mengadakan pemilihan parti semalam disebabkan bahagian berkenaan digantung...

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

07/08/2024
0

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada...

Next Post

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd