• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor Atas Sebab Strategik

oleh AK-47
29/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan atas pelbagai sebab strategik dan bukannya kehendak ‘kluster’ tertentu dalam UMNO.

Beliau berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad mempunyai sebab tersendiri bagi mendapat mandat baharu dan itu bukan urusan parti lain untuk mempersoalkannya.

Katanya, Hasni diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh parti untuk menasihati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sesuai dengan keadaan dan keperluan, bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pihak tertentu yang menuduh ‘kluster’ itu dan ini sebagai penyebab kepada PRN Johor adalah sangat tidak munasabah. Istilah itu hanya ciptaan musuh UMNO.

“UMNO bukan seperti parti lain. Tiada ‘wala’ kepada Presiden dan tiada seorang yang berkuasa memutuskan segala-galanya. Ia adalah parti untuk semua dan bukan dikuasai kelompok tertentu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan PRN Johor diadakan adalah strategi pihak tertentu dalam kalangan kepemimpinan UMNO iaitu kluster mahkamah, kluster yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan tidak memegang jawatan dalam kerajaan.

Abdul Hadi menyifatkan ia suatu tindakan tidak bermoral dan bukan strategi yang baik tetapi dilakukan segelintir pihak yang didakwanya dilakukan oleh kluster mahkamah.

Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, apabila UMNO menarik sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya 12 Ahli Parlimen UMNO akur.

Beliau berkata, ia menunjukkan UMNO sebuah parti yang demokratik.

“Bagi mereka yang menggelar UMNO dengan pelbagai gelaran, itik, angsa, harimau dan sebagainya, gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun. UMNO masih lagi parti Melayu terbesar.

“Kami bangkit semula bukan kerana ‘ubatan mujarab’ PAS tetapi kerana dukungan orang Melayu terhadap UMNO dan kerana buruknya prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Tegas Mohamad, tanpa UMNO, PAS juga tidak boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan hari ini.

“Jika PAS merasakan BN tidak lagi relevan, kita pulangkanlah kepada rakyat untuk memutuskannya dan biarlah rakyat memutuskan sama ada PAS dan PN itu relevan lagi atau atau tidak,” katanya.

-Berita Harian

Tags: PRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor Membuktikan Majoriti Anak Muda Bersama BN

PRN Johor Membuktikan Majoriti Anak Muda Bersama BN

26/07/2022
0

Banyak propaganda disebarkan pengundi muda akan menolak Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung Mac lalu. Ikuti...

PRN Melaka, Johor Babit Kos RM141 Juta

22/03/2022
0

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang ke-15 membabitkan kos berjumlah RM141 juta. Timbalan Menteri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd