• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik Fitnah Datang Lagi

oleh AK-47
26/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hati-hati semua politik fitnah datang lagi gara-gara Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung.

Malah mungkin jauh lebih dasyat dan jahat berbanding disaksikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Barangkali seluruh anasir fitnah akan digerakkan kali ini memandangkan keputusan PRN Johor sangat penting.

Pemimpin ulung DAP, Lim Kit Siang pada 2018 pernah menyatakan Johor adalah penanda aras politik.

Jika Pakatan Harapan (PH) dapat menang di Johor, maka pasti dapat merampas kuasa Kerajaan Persekutuan.

Benar sekali telahan veteran politik DAP tersebut. PH menang di Johor maka leburlah UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Maka sudah pasti PRN Johor yang akan diadakan sebelum PRU-15 amat penting buat DAP, PKR, PAN, BERSATU, WARISAN, MUDA.

Mungkin sebab itu juga Anwar Ibrahim sedang memujuk semua parti terbabit untuk bergabung semula melawan BN.

Bibit-bibit fitnah sempena PRN Johor sebenarnya telah pun bermula dengan sasaran pertama pastinya Najib Razak.

Najib Razak telah dituduh mendoakan yang tidak baik terhadap Tun Mahathir yang sedang menerima rawatan di IJN.

Bagaimanapun Najib Razak yang ini bukan Najib Razak yang dulu hanya pasrah apabila difitnah.

Pantas mantan Perdana Menteri itu menjelaskan perkara sebenar berserta bukti yang nyata.

Terkejut serangan balas Najib Razak, para pemfitnah pun mohon maaf untuk mengelak “backfired” kepada diri dan parti.

Baru-baru ini penulis terbaca satu kenyataan di Facebook yang mendakwa berlaku ‘zikir Najib Razak’ di surau WTCKL.

” LA ILAAHA ILLA “NAJIB” ??? Apaa tu??? Zikir alaf baru kah? Kejadian dipercayai berlaku slps waktu solat maghrib berjemaah di Surau WTCKL”

Sehingga ke tahap itu fitnah terhadap pemimpin UMNO/BN sudah bermula untuk PRN Johor. Berdesup ke gear lima.

Justeru berwaspadalah rakyat sekalian. Teguhkan hati, tegapkan fikiran untuk berpegang kepada kebenaran.

Jangan terpedaya sekali lagi. Telitilah adakah kerosakan yang telah dan sedang berlaku kerana kesilapan kita yang lalu.

Apakah kita mahu Malaysia terus ditimpa musibah atau kita mahu menggunakan peluang ini memperbetulkan keadaan?

-Mynewshub

Tags: Politik Fitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd