• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis P. Pinang Jangka Pertambahan 50,000 Kenderaan Setiap Hari Musim Perayaan Ini

oleh Mohd Arshad
28/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjangkakan penambahan lebih 50,000 kenderaan masuk ke negeri itu setiap hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 1 Feb ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata penambahan itu bukan sahaja melibatkan masyarakat Cina yang pulang untuk menyambut perayaan bersama keluarga, malah turut membabitkan pelancong berikutan cuti panjang.

Pihaknya turut menjangkakan berlaku kesesakan di beberapa lokasi di negeri ini terutama di pusat bandar dan polis akan meningkatkan pemantauan serta pemeriksaan berkala di kawasan tersebut.

“Tujuh jalan yang akan berlaku kepadatan dan juga hotspot kemalangan di Pulau Pinang yang dikenal pasti itu ialah Jalan Teluk Air Tawar – Jalan Bagan Luar (Seberang Perai Utara), Jalan Perusahaan Perai – Jalan Kulim (Seberang Perai Tengah), Jalan Besar Simpang Empat (KM12-KM32), Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu/ Jalan Ayer Itam, Jalan Ayer Itam – Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di pasar Jalan Perak di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri yang bermula hari ini sehingga 6 Feb ini.

Katanya, seramai 110 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang terlibat dalam operasi tersebut dan JSPT turut berkolaborasi dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bagi kempen rumah selamat dan pencegahan jenayah.

“Jumlah keseluruhan anggota dan pegawai polis di Pulau Pinang adalah 6,000 lebih, semua bertugas seperti biasa dan kita tidak bekukan cuti cuma hadkan sahaja,” katanya.

Bernama-

Tags: JPJKKmusim perayaanTahun baharu Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

30/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

22/01/2025
0

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd