• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Gandakan Pasukan Bantu Pelanggan Di Plaza Tol

oleh AK-47
18/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengambil tindakan penambahbaikkan berhubung maklum balas ramai mengenai kesesakan yang timbul di plaza tolnya berikutan penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

PLUS dalam kenyataan hari ini, berkata sudah menggandakan pasukan untuk membantu pelanggan di plaza tol selain meningkatkan keterlihatan papan tanda arah bagi pengenalan lorong RFID.

Pada masa sama katanya, pelanggan lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID tidak perlu risau kerana kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih bagi mengimbas tag RFID mereka.

“Pelanggan lebuh raya disaran untuk memastikan penggunaan lorong yang betul mengikut panduan pada papan tanda yang disediakan.

“Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go (TNG) yang terdekat akan disediakan.

“Jika masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, TNG akan menggantikannya dengan tag RFID baru secara percuma,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pihaknya sudah memanggil PLUS dan TNG untuk memastikan semua isu berkaitan pelaksanaan RFID berupaya diselesaikan secepat mungkin.

Beliau berkata, kementerian akan terus memantau dan memastikan kedua-dua syarikat itu dapat menyelesaikan sebarang isu berhubung penggunaan lorong RFID.

PLUS turut mencatatkan kadar migrasi menggalakkan sebanyak 10 peratus transaksi RFID selepas ia dilaksanakan di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan sejak Sabtu lalu.

“PLUS ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami yang berhijrah kepada RFID sebagai pembayaran tol pilihan mereka sejak pelaksanaan itu.

“Diharap peningkatan penghijrahan pembayaran tol menerusi RFID sejajar gaya hidup digital melalui pembayaran tanpa sentuh dan e-Dompet, akan membawa pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan menyeronokkan,” katanya melalui kenyataan itu.

Pelanggan lebuh raya dialu-alukan untuk memberikan maklum balas melalui talian PLUSLine 1800-88-0000 dan chatbot PLUS, P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS.

Untuk maklumat terperinci mengenai lokasi pemasangan tag TNG RFID, pengguna boleh melayari portal http://www.touchngo.com.my atau memuat turun e-buku RFID di laman web rasmi PLUS, www.plus.com.my dan platfom media sosialnya, @PLUSTrafik Twitter, Facebook PLUS Malaysia serta Aplikasi PLUS.

-Berita Harian

Tags: plaza tolPLUS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Moderna Bakal Hasilkan Dos Vaksin Untuk COVID-19, Selesema

Next Post

Mengapa UPM Anugerah Hampir 400 PHD Tahun Ini?

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Bhd adalah atas usaha persendirian...

Next Post

Mengapa UPM Anugerah Hampir 400 PHD Tahun Ini?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd