• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pharmaniaga Dapat Lanjutan Bekal Ubat Kepada KKM

oleh Mohd Arshad
11/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kontrak syarikat konsesi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan, Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilanjutkan selama 10 tahun berakhir 2032.

Pharmaniaga Bhd dalam satu makluman di Bursa Malaysia berkata, anak syarikat milik penuhnya itu sudah menerima surat daripada KKM pada 6 Januari 2022.

Katanya, surat itu menyatakan persetujuan secara prinsip untuk PLSB meneruskan perkhidmatannya dalam membekalkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada kemudahan KKM bagi tempoh 10 tahun.

“Persetujuan kontrak itu tertakluk kepada terma dan syarat yang perlu dipersetujui antara kedua-dua pihak,” katanya.

Sebelum ini, KKM melanjutkan perkhidmatan Pharmaniaga membabitkan penyediaan dan pembekalan perubatan kepada kementerian itu selama setahun lagi mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

KKM mengeluarkan surat lanjutan bertarikh 28 Disember kepada PLSB sementara menunggu untuk memuktamadkan konsesi logistik serta pengedaran yang baharu.

Dengan pelanjutan itu, Pharmaniaga memberi jaminan bahawa logistik dan pengedaran bekalan perubatan akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Pada 18 November 2019, PLSB menerima surat daripada KKM yang memperluaskan perkhidmatannya untuk menyediakan ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada kemudahan KKM dari 1 Disember 2019 hingga 31 Disember 2021.

PLSB juga dibenarkan untuk terus menyediakan perkhidmatan logistik serta pengedaran kepada KKM selama lima tahun berakhir 31 Disember 2024.

Pharmaniaga juga adalah pengeluar vaksin isi siap serta pengedar vaksin COVID-19 di Malaysia.

BHonline-

Tags: KKMpharmaniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd