• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perang MN, PN Dalam Pas

oleh Mohd Arshad
18/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kewujudan dua kem berbeza dalam parti Pas sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Kem pro-Perikatan Nasional (PN) dan kem pro-Muafakat Nasional (MN).

Pemecatan pemimpin Pas Pro-MN Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat menyerlahkan lagi pertempuran yang sedang berlaku.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan cuba menafikan, tetapi sangat sukar untuk diselindungi lagi selepas beberapa pemimpinnya kini semakin terbuka mengupas perkara itu.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan malah tanpa berkias mengkritik pemecatan Mohd. Khairuddin yang dibuat tanpa sebarang alasan rasmi mengenai kesalahan disiplin.

Menurut beliau, Mohd. Khairuddin seorang pemimpin Pas yang amat kuat menyokong usaha-usaha bagi memulihkan hubungan Pas dan UMNO dalam MN yang semakin suram.

Saksikanlah betapa kesatuan Pas juga terkena tempias yang sangat buruk disebalik kecelaruan antara gabungan PN dan MN. Sebelum kewujudan PN semua elok dan serba lancar untuk sebuah kemuafakatan Melayu.

Dalam memahami punca kekalutan itu sewajarnya difahami terlebih dahulu salasilah penubuhan PN dan MN.

MN ditubuhkan oleh UMNO dan Pas atas kemuafakatan untuk melawan kepincangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

PH sebuah kerajaan yang meresahkan majoriti orang Melayu di negara ini. Walaupun MN bukan sebuah gabungan politik rasmi, tetapi formula kerjasama itu terbukti sangat berkesan.

MN disambut baik oleh sebilangan besar umat Islam Malaysia, malah mendapat sokongan bukan Islam juga seperti yang pernah disaksikan dalam PRK Tanjung Piai.

Bukan Melayu menyedari kegagalan kerajaan PH menjaga perpaduan rakyat Malaysia banyak menyulitkan kehidupan dan perniagaan mereka maka mereka bersedia menerima MN.

Bukan setakat itu, gabungan MN menang banyak PRK lain dan semakin sah bakal menguasai Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Itu juga pandangan ramai pemerhati politik.

PPBM bertindak meninggalkan PH selepas menyedari penolakan rakyat terhadap parti itu dan mempelawa pembentukan kerajaan campuran bersama Ahli Parlimen Pas dan UMNO.

Meskipun UMNO menyokong Ahli Parlimennya membentuk kerajaan campuran bersama PPBM demi kelangsungan pentadbiran kerajaan, namun menolak penubuhan PN yang dicadangkan kemudian oleh PPBM.

Bagaimanapun kepimpinan tertinggi Pas membuat keputusan sebaliknya untuk bersama PPBM dalam PN, tetapi dalam masa yang sama masih mahukan MN.

Inilah detik-detik bermulanya konflik dalaman yang berlaku pada Pas seperti yang semakin ketara disaksikan pada hari ini.

Siapa pemimpin Pas yang betul dan siapa yang kurang betul dalam isu MN dan PN ini hanya mereka-mereka lagi mengetahui hati dan niat masing-masing.

Sama ada kerana orang Melayu atau kerana keselesaan jawatan dan kedudukan yang sedang dinikmati.

-Mynewshub

Tags: MNPASperangPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd