• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Dakwa Ujian Air Kencing Kedua ADUN DAP Negatif Dadah

oleh Mohd Arshad
20/01/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu membuat laporan polis susulan ujian air kencing kedua yang dijalankan di sebuah klinik di Pulau Pinang negatif dadah.

Menurut peguamnya, Ramkarpal Singh, ujian susulan saringan air kencing itu dilakukan pada 15 Januari lalu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan ujian saringan kali pertama pada 13 Januari oleh pihak polis yang mendapati terdapat kesan penggunaan empat jenis dadah.

Beliau berkata, tindakan itu juga dilakukan selepas permintaan untuk menjalani ujian kali kedua tidak dibenarkan oleh polis.

“Sampel air kencing yang diambil di klinik tersebut telahpun dianalisa di makmal Pathlab dan keputusanya tiada sebarang jenis dadah dikesan di dalam air kencingnya yang dianalisa oleh Pathlab tersebut. Keputusan ini telahpun diperolehi oleh YB Terence hari ini.

“Justeru, YB Terence telahpun membuat satu laporan polis susulan hari ini di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Tengah untuk melaporkan keputusan negatif ujian tersebut dan memohon agar siasatan lanjutan dibuat dalam perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Ramkarpal berkata, susulan perkembangan terbaharu itu, pihaknya melihat bahawa siasatan lanjut perlu diambil oleh pihak polis dengan kadar segera demi kepentingan keadilan wakil rakyat tersebut.

Menurutnya, Terence juga bersedia untuk memberi segala kerjasama bagi tujuan tersebut dan berharap siasatan lanjut tersebut dapat dilakukan dengan secepat mungkin.

Pada 14 Januari lalu, media melaporkan seorang ADUN Perak ditahan bersama 35 individu lain selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah.

-Sinar Harian

Tags: ADUN DAPpositif dadahujian air kencing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lima Termasuk Dua Bekas Pengikut Ayah Pin Himpun Depan Istana Positif Dadah

Lima Termasuk Dua Bekas Pengikut Ayah Pin Himpun Depan Istana Positif Dadah

15/11/2025
0

KOTA BHARU – Dua individu dipercayai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin bersama 11 lagi terbabit dalam perhimpunan di hadapan...

Polis Sahkan Suspek Kes Tetak Di Tumpat Positif Dadah, Direman 7 Hari

Polis Sahkan Suspek Kes Tetak Di Tumpat Positif Dadah, Direman 7 Hari

25/10/2025
0

TUMPAT: Suspek lelaki yang menetak lelaki dikatakan ada pertalian saudara hingga maut di Kampung Kok Bedullah, di sini, malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd