• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBPP Perketat Pemantauan, Penguatkuasaan

oleh AK-47
31/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengetatkan pemantauan dan penguatkuasaan lalu lintas sepanjang tempoh cuti umum Tahun Baru Cina dan cuti persekolahan sehingga 4 Februari ini.

Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBPP berkata, pihaknya menjangka ramai pelancong tempatan akan melawat dan bercuti di bahagian pulau seperti Georgetown, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, Batu Feringghi, Air Itam, Bayan Lepas dan Balik Pulau.

Katanya, berikutan itu, sekitar bahagian pulau akan menghadapi kesesakan lalu lintas selain kuantiti sampah dijangka meningkat.

“Pemantauan dan penguatkuasaan akan dijalankan terutama di semua kawasan pelancongan dan kawasan sasaran (hotspot).

“Semua tugasan pemantauan akan dilakukan secara rondaan pengawal dan menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) di Pusat Intelligent Operation Centre (IOC) MBPP,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pembekuan cuti sepanjang tempoh berkenaan turut diarahkan bagi Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan jabatan yang terbabit dengan perkhidmatan perlu iaitu 77.58 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja MBPP.

“Petugas Pasukan Skuad Pantas MBPP juga bersiap sedia menghadapi sebarang bencana yang mungkin berlaku seperti pokok tumbang dan sebagainya.

“Sebarang aduan boleh disalur kepada talian MBPP 04-263 7000, sistem e-aduan MBPP atau aplikasi WhatsApp Aduan MBPP (016-200 4082) ,” katanya.

Polis Pulau Pinang menjangka penambahan kenderaan sebanyak 50,000 sehari berikutan orang ramai yang akan berkunjung ke negeri ini bagi sambutan Tahun Baru Cina.

-Harian Metro

Tags: MBPPpemantauanpenguatkuasaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Isu Sejadah Mini Dianggap Alas Kaki: Pasar Raya, Pembekal Perlu Disiasat Kerana Cuai

Polis Tingkat Pemantauan, Elak Suspek Tembak Di KLIA 1 Bolos Ke Thailand

14/04/2024
0

KANGAR: Polis Perlis menggerakkan anggota bagi melakukan pemantauan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand dalam memastikan suspek kes tembakan di Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd