• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

oleh Mohd Arshad
05/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini.

Malindo Air memaklumkan, penerbangan empat kali seminggu merupakan laluan baharu ke Langkawi dalam memenuhi permintaan perjalanan domestik.

“Tambang promosi untuk sehala bagi laluan baharu Kota Bharu–Langkawi bermula daripada RM169, termasuk elaun bagasi percuma 15 kilogram (kg).

“Sempena pelancaran laluan baharu ini, elaun bagasi percuma seberat 15 kg diperluaskan kepada pemegang tiket super jimat,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut Malindo Air, penerbangan OD1334 akan berlepas dari Kota Bharu pada pukul 10.15 pagi dan tiba di Langkawi pada pukul 11.20 pagi dengan penerbangan akan mengambil masa 1 jam 5 minit.

“Penerbangan pergi balik OD1335 kemudiannya akan berlepas dari Langkawi pukul 2.50 petang dan tiba di Kota Bharu pukul 4.05 petang,” katanya.

Katanya, perkhidmatan baharu itu akan dikendalikan oleh pesawat turbo-prop ATR72-600 dengan kapasiti 72 tempat duduk.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, laluan baharu itu menjadikan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan Kota Bharu dan destinasi percutian terkemuka di Langkawi.

“Perkhidmatan baharu ini sebagai maklum balas permintaan tinggi orang ramai.

Kami percaya terdapat peluang besar untuk pertumbuhan masa depan yang dikaitkan dengan ketersambungan baharu ini,” katanya.

Mushafiz berkata, laluan baharu itu bukan sahaja menarik industri pelancongan tetapi perniagaan daripada VFR (melawat keluarga dan saudara mara) serta komuniti perniagaan.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pembangunan Langkawi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Kelantan) dan semua agensi pelancongan di kedua-dua negeri.

“Kami percaya kerajaan Kelantan sedang menumpukan usaha untuk menarik pelancong domestik ke negeri itu bagi memulihkan kempen Melawat Kelantan yang terjejas akibat COVID-19,” katanya.

-Awani

Tags: Kota Bharu - Langkawilaluan penerbanganMalindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hong Kong Pertahan Polisi Sekat Penerbangan ‘Bawa Jangkitan Covid-19’

08/04/2022
0

HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong semalam mempertahankan polisi yang menyekat sementara laluan penerbangan yang membawa ‘koronavirus ke wilayah separa...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd