• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat Penjimatan Oleh Sindiket, Taktik Curi Elektrik – ST

oleh Mohd Arshad
07/01/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penjimatan tenaga elektrik oleh sindiket, yang merupakan antara taktik mencuri elektrik.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan ST, Mohd Elmi Anas, berkata difahamkan sindiket terbabit mengambil kesempatan menipu tanpa disedari pengguna, dengan mengusik dan mengubah suai meter elektrik bagi mengurangkan bil elektrik pengguna.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada pengguna yang mendapatkan perkhidmatan pihak tidak bertanggungjawab dan cuba mengurangkan bil elektrik bulanan dengan cara mengganggu dan mengusik sistem pemeteran elektrik di premis mereka.

“ST ingin menasihati orang ramai supaya tidak mengambil jalan mudah atau jangan mudah terperdaya dengan tawaran untuk menjimatkan elektrik,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Mohd Elmi berkata, modus operandi dan kaedah yang biasa digunakan pihak tidak bertanggungjawab itu ialah mengusik sistem pemeteran elektrik seperti memotong pendawaian masuk, meletak bendasing bagi menghalang atau memperlahankan meter, mengganggu keadaan fizikal meter, sambungan terus tanpa melalui meter, pintasan sistem dan pendawaian meter.

Beliau berkata, kes penggunaan elektrik dengan curang atau mencuri elektrik, biasanya dilakukan oleh pengguna dengan penggunaan elektrik yang tinggi seperti kilang ais, perlombongan Bitcoin dan lain-lain, malah ada juga kes membabitkan pengguna domestik.

“Kegiatan mencuri elektrik ini merupakan kesalahan bawah Seksyen 37 (1) dan Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda hingga RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun untuk kesalahan pertama, manakala denda hingga RM5 juta atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan untuk kesalahan kedua dan seterusnya.

“Mengikut Seksyen 38 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990 pula, pihak pemegang lesen seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) boleh menuntut kerugian hasil di mahkamah sekiranya dapat membuktikan mana-mana orang telah mengusik atau mengganggu meter elektrik daripada merekodkan dengan betul,” katanya.

Beliau memaklumkan dari 2015 hingga 2021, ST membuka 64 kertas siasatan dengan 36 syarikat dan individu sudah didakwa di mahkamah serta dikenakan hukuman denda, manakala bakinya sedang menunggu izin daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk meneruskan pendakwaan.

“ST berharap pihak yang telah dibawa ke mahkamah serta didenda, tidak lagi mengulangi perbuatan mencuri elektrik dan kes dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengusik meter elektrik pihak utiliti dengan niat untuk mengganggu bacaan bil elektrik daripada mencatat bacaan meter dengan betul,” katanya.

Mohd Elmi turut menasihati pemilik premis supaya berhati-hati dengan kemungkinan premis mereka digunakan oleh penyewa untuk menjalankan aktiviti mencuri elektrik.

Selain itu, beliau berkata, sebagai badan kawal selia sektor tenaga negara khususnya industri pembekalan elektrik serta gas berpaip di Semenanjung dan Sabah, ST sentiasa melaksana dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga, selain memastikan keselamatan orang awam.

Katanya, ST memandang serius kegiatan mencuri elektrik kerana ia bukan saja membabitkan soal keselamatan, kebakaran atau gangguan bekalan elektrik, malah memberi implikasi besar kepada negara dan pengguna lain memandangkan kos elektrik yang dicuri akan ditanggung oleh semua pengguna dalam penetapan tarif elektrik.

“Bagi membanteras kegiatan mencuri elektrik, ST menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta pihak berkuasa tempatan, di samping melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersama.

“Dalam kes mencuri elektrik ini juga, pihak PDRM boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Pencegahan Jenayah,” katanya.

Mohd Elmi turut menyarankan pengguna supaya mengamalkan kaedah penjimatan elektrik dan menggunakan kelengkapan elektrik cekap tenaga yang dilabel dengan lima bintang bagi mengurangkan bil elektrik.

“ST sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aktiviti mengusik meter elektrik melalui sistem Aduan ST yang boleh dicapai melalui laman sesawang: www.st.gov.my dan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple Store secara percuma oleh pengguna Android dan iOS,” katanya.

-Berita Harian

Tags: sindiketSuruhanjaya TenagaTaktik Curi Elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima keluarga tampil merayu bantuan selepas anak mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dan pemerdagangan manusia di Taiwan serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd