• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Adib Bersara Wajib Bermula Ahad Ini

oleh Mohd Arshad
15/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengakhiri tugasnya hari ini dengan bersara wajib bermula Ahad ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), hari ini, seisi ‘clock out’ itu berlangsung di pejabat JPA dengan majlis penyerahan nota serah tugas kepada Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Suhaime Mahbar.

Pada majlis sama, Khairul Adib yang ditemani isteri yang juga Pengerusi Puspanita JPA,Puan Seri Maisarah Mokhtar turut menanam anak pokok sebagai tanda simbolik khidmat bakti dicurahkan beliau sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Didoakan agar Tan Sri sekeluarga sentiasa sejahtera dan dalam rahmat Allah SWT. Selamat bersara dan Selamat Maju Jaya,” katanya.

Khairul Adib, 60, dilantik sebagai KPPA pada Oktober 2019 dan sebelum itu menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan bagi menggantikan Tan Sri Borhan Dolah.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Sains Polisi dari Saitama University, Jepun.

Sebelum ini beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam melebihi 31 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Januari 1988.

-Harian Metro

Tags: BersaraKhairul Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula...

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd