• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan P. Pinang Sedia Jumpa Kerajaan Kedah Di Mahkamah

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Kerajaan Pulau Pinang bersedia untuk ke mahkamah berhubung tuntutan caj air mentah oleh kerajaan Kedah yang dilaporkan bertindak melantik panel peguam bagi isu berkenaan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sudah menjangkakan perkara berkenaan akan berlaku dan kini menunggu keputusan dari Kedah untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, Pulau Pinang memang menunggu kerana tindakan bercakap di luar tidak mendatangkan sebarang manfaat.

“Kita sebenarnya menunggu (tindakan mahkamah) sebab cakap di luar pun tak bermanfaat kepada sesiapa pun. Kalau benar-benar mahu isu ini diselesaikan biar sampai ke mahkamah.

“Perkara seperti ini (naik mahkamah) tidak pernah dilakukan tetapi terpulang kepada Kedah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan kedah melantik panel peguam bagi isu caj air mentah di sini, hari ini.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Majlis Pengiktirafan Dan Anugerah Warisan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI).

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, pihaknya pada masa ini tidak melantik mana-mana peguam untuk mengendalikan kes terbabit.

Kita hanya menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow turut mengulangi pendirian kerajaan Pulau Pinang untuk merujuk isu itu kepada hak riparian atau hak pemilik tanah di tebing sungai untuk menikmati manfaat sumber semula jadi terbabit sebagaimana diiktiraf peringkat konvensyen antarabangsa.

Beberapa media tempatan pada Sabtu lalu melaporkan kerajaan Kedah sudah melantik panel peguam bagi untuk menguruskan tuntutan caj air mentah diambil Pulau Pinang melalui Sungai Muda.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, tindakan itu diambil bagi menunjukkan kerajaan negeri sangat serius dalam isu itu selepas sekian lama permintaan tidak diendahkan Pulau Pinang.

-Harian Metro

Tags: Isu Caj Air MentahKedahmahkamahPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 10 Juta Rekod Pentadbiran, Peribadi Terjejas

Next Post

Risda Bantu Pekebun Kecil Terjejas Banjir

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Next Post

Risda Bantu Pekebun Kecil Terjejas Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd