• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Tak Keluar Awal?

oleh AK-47
30/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Tindakan bekas Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang meletakkan jawatan dan keluar daripada parti dipercayai satu langkah politik.

Pemangku Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Kamaruzzaman Abu berkata, Mazlan seharusnya mengambil tindakan itu lebih awal sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumumkan, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, Mazlan juga berulang kali menolak untuk menjadi calon kerusi Ahli Parlimen Tebrau dan DUN Tiram sejak 1 Januari lalu, untuk persediaan bahagiannya itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), sebelum pengumuman PRN.

“Kalau kata tidak ada kepercayaan (terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kenapa tidak bertindak keluar lebih awal daripada yang berlaku sekarang.

“Apabila berlaku PRU atau PRN, maka berlaku perkara seperti ini (keluar parti),” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Sementara itu, Kamaruzzaman turut mempersoalkan mengenai kenyataan Mazlan seramai 23 ahli jawatankuasa Bahagian BERSATU Tebrau turut sama mengikut jejak langkah keluar parti, serta meletakkan jawatan.

Beliau berkata, hanya enam saja ahli jawatankuasa yang berbuat demikian dan setakat ini BERSATU Bahagian Tebrau mempunyai seramai 3,425 ahli di 17 cawangan.

Kamaruzzaman berkata, meskipun kecewa dan kesal atas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu, pimpinan BERSATU Bahagian Tebrau tetap teguh dan setia bersama parti di bawah pimpinan Muhyiddin.

Pada Khamis lalu, Mazlan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua BERSATU Bahagian Tebrau dan keluar parti, berkuat kuasa serta-merta.

Mazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor itu dipetik sebagai berkata turut sama meletakkan jawatan ialah 22 Ahli Jawatankuasa BERSATU Tebrau.

-Berita Harian

Tags: keluar parti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Warisan Keluar Parti Jadi ADUN Bebas

Tiga ADUN Warisan Keluar Parti Jadi ADUN Bebas

06/02/2023
0

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) kembali goyah apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan keluar daripada parti berkenaan hari...

4 MP Bersatu Sabah Hilang Kerusi Jika Keluar Parti Secara Rasmi

4 MP Bersatu Sabah Hilang Kerusi Jika Keluar Parti Secara Rasmi

12/12/2022
0

Empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi sebaik sahaja keluar daripada parti itu secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd