• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Semula Prestasi Operator Tapak Pelupusan Sampah

oleh AK-47
18/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri dan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini mengkaji semula prestasi operator tapak pelupusan sampah Pulau Burung susulan kejadian kebakaran di tapak berkenaan.

Presidennya, R. Meenakshi berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil untuk mengelakkan sebarang insiden yang membahayakan masyarakat atau kejadian yang mencemarkan alam sekitar berulang.

“Asap toksik yang menyelubungi kawasan sekitar telah menyebabkan pemindahan kira-kira 400 penduduk yang tinggal berhampiran kerana boleh merisikokan kesihatan mereka.

“Kami menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Seberang Perai (MBSP) mengkaji semula prestasi operator tapak pelupusan sampah Pulau Burung, dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Meenakshi, pihaknya difahamkan bahawa tapak pelupusan sampah itu telah terbakar beberapa kali pada tahun lepas dan sebelum ini.

Malah, katanya, terdapat aduan air larut resapan yang melimpah dari tapak pelupusan tersebut yang seterusnya mencemarkan perairan dan turut menyebabkan kerosakan pada hutan bakau berhampiran.

“Daripada rentetan masalah yang dihadapi, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terperinci ke atas operasi syarikat ini,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, SAM juga bimbang jika operator insinerator akan mula memujuk kerajaan negeri dengan teknologi mereka.

“Teknologi sebegini telah ditayangkan sebagai penyelesaian kepada masalah pelupusan sisa. Tetapi sebenarnya, penunuan atau insinerator juga memerlukan ruang tapak pelupusan untuk membuang abu dasar dan abu terbang yang lebih toksik dan seharusnya menjalani proses penstabilan sebelum disimpan di tapak sisa berbahaya,” katanya.

Tambahnya, SAM berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan cadangan insinerator kerana data saintifik telah membuktikan teknologi itu penuh dengan risiko kepada kewangan, kesihatan dan alam sekitar.

-Utusan Online

Tags: Kaji Semula PrestasiOperator Tapak Pelupusan Sampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belum Ada Bukti Azam Baki Bersalah, Biar Siasatan Tentukan

Next Post

Pejuang Gantikan UMNO

Related Posts

No Content Available
Next Post

Pejuang Gantikan UMNO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd