• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

oleh Mohd Arshad
31/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di sini, pada 2.45 petang ini.

Allahyarham Awang Embong, 73, yang menghembuskan nafas terakhir pada 2 pagi tadi akibat strok dibawa ke Surau Ustaz Omar Shukri di sini untuk disembahyangkan sebelum disemadikan bersebelahan dengan pusara ibunya, Rokiah Husain yang meninggal dunia pada 2001.

Abang Mohd Azizulhasni, Mohd Azrul Hafidz, 35 berkata adiknya yang berada di Melbourne, Australia tidak dapat pulang ke tanah air untuk memberikan penghormatan terakhir kerana isterinya Datin Athiah Ilyana Abd Samad, 36, sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin dalam masa terdekat.

“Azizul ada menghubungi kami memberitahu tidak dapat balik kerana isterinya hendak bersalin dan kami adik beradik faham akan keadaannya.

“Kali terakhir dia balik jumpa arwah ayah ketika pulang ke kampung pada awal Januari dan pulang semula ke Melbourne minggu lepas. Dia sempat meminta ayah mendoakan dirinya dan isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azrul Hafidz berkata, bapanya sangat menyokong minat anak-anak dan adalah antara watak penting dalam membantu kejayaan Mohd Azizulhasni.

“Semasa Azizul meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020, kami beritahu ayah dan arwah senyum. Itu menandakan arwah gembira dengan kejayaan Azizul,” katanya, sambil menambah bapanya menghidap strok lebih lima tahun dan tidak boleh bercakap sejak dua tahun lepas.

Bernama-

Tags: Azizulhasni Awangstroksukan olimpik tokyo 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Bapa Azizulhasni Meninggal Dunia

31/01/2022
0

Kuala Lumpur : Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima perkhabaran duka apabila bapanya, Awang Embong, 72, meninggal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd