• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ‘Periuk Api Di Mana-Mana’ Tarik Perhatian MBSA

oleh Mohd Arshad
29/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyelenggara sepanjang 2,132.92 kilometer jalan dengan peruntukan sebanyak RM18.29 juta iaitu RM4.19 juta daripada majlis dan RM14.1 juta di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) pada tahun lalu.

MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan, peruntukan berkenaan adalah untuk kerja-kerja selenggara seperti baharui muka jalan, menaik taraf jalan dan kerja-kerja pembaikan serta tampalan jalan di kawasan pentadbiran MBSA.

Selain itu, katanya, bagi tindakan jangka pendek untuk tujuan pembaikan kecil, pihak MBSA di bawah jabatan kejuruteraan mempunyai pasukan ‘road gang’ terdiri daripada kakitangan dalaman melakukan kerja-kerja pembaikan kecil sekiranya jalan berlubang dan memerlukan tampalan segera.

Katanya lagi, antara cabaran dihadapi pihak MBSA dalam melaksanakan selenggara jalan kondusif, di mana sering berlaku permasalahan kerja-kerja oleh syarikat-syarikat utiliti yang melakukan kerja-kerja korek dan tampalan kurang memuaskan.

“Pihak MBSA sentiasa mengambil tindakan tegas kepada syarikat-syarikat utiliti ini agar melakukan kerja-kerja korek dan tampalan mengikut spesifikasi ditetapkan dan penyelarasan sentiasa dilakukan bersama syarikat utiliti.

“Sekiranya syarikat ini gagal mematuhi syarat ditetapkan, pihak MBSA akan mengarahkan syarikat tersebut untuk memperbaiki dan menyelenggara jalan rosak akibat kerja-kerja korek dan tampalan tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Malah pihak MBSA sentiasa memberi keutamaan dan penumpuan terhadap kesejahteraan dan keharmonian hidup komuniti melalui perkhidmatan perbandaran yang sentiasa ditambah baik pada setiap masa,” kata MBSA pada Jumaat sebagai respon laporan Sinar Harian pada 28 Januari lalu bertajuk ‘Shah Alam dan periuk api di mana-mana’.

Berdasarkan laporan berkenaan, ‘periuk api di mana-mana’ yang dimaksudkan ialah keadaan jalan berlopak-lopak dan berombak tetapi tidak dibaiki yang bukan sahaja kenderaan mengalami kerosakan, lebih malang ia juga berisiko berlaku kemalangan jiwa kepada pengguna.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menjelaskan bahawa jalan di MBSA terdiri daripada jalan bandaran, Persekutuan, jalan negeri dan jalan luar bandar.

Justeru, selenggara jalan di bawah pentadbiran MBSA dilaksanakan pelbagai agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) menyelenggara jalan Persekutuan dan jalan negeri, serta pejabat daerah dan tanah bertanggungjawab menyelenggara jalan luar bandar

“Untuk makluman, pihak MBSA melakukan kerja-kerja selenggara di bawah kategori jalan bandaran,” kata kenyataan itu.

Orang awam ingin menyalurkan aduan dan permasalahan termasuk aduan berkaitan dengan penyelenggaraan jalan boleh menghubungi talian bebas tol 1800 88 4477 pada waktu pejabat dan Bilik Pantas MBSA di talian terus 03-55105811 (24 jam) selepas waktu pejabat.

“Diharapkan makluman ini dapat memberikan penjelasan kepada orang awam berhubung isu yang dibangkitkan Sinar Harian sebelum ini kerana MBSA sentiasa proaktif dalam menangani aduan awam yang disalurkan oleh masyarakat,” katanya.

-Awani

Tags: Isu Periuk ApiMBSA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

30/09/2022
0

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor ditahan oleh Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd