• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Curi Rakam, GSC Lapor UIP

oleh Mohd Arshad
08/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Golden Screen Cinemas (GSC) memandang serius insiden perkongsian sedutan filem House of Gucci ke media sosial dan sudah mengambil tindakan lanjut bagi menjaga kepentingan pemegang hak karya berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan GSC ketika membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang membangkitkan mengapa perbuatan curi rakam dibenarkan pemilik pawagam terbabit dan kenapa masih ada individu melakukannya.

“Merakamkan kandungan filem adalah tidak dibenarkan. Kami mengambil maklum hal ini secara serius dan sudah menghubungi dan melaporkan insiden ini kepada pemilik hak untuk tindakan lanjut,” kata ciapan dilayangkan GSC.

Menerusi ciapan lain, wakil GSC menambah pengedar filem House of Gucci iaitu United International Pictures (UIP) sudah dimaklumkan mengenai insiden itu untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, netizen mempertikaikan tindakan adik Neelofa iaitu Nur Ameera Khan yang didakwa memuat naik adegan filem House of Gucci dalam media sosial.

Sementara itu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan terus mengunci mulut berhubung insiden itu.

Perkongsian adegan filem House of Gucci dalam media sosial menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana filem terbabit belum ditayangkan di Malaysia.

BH Online masih berusaha mendapatkan komen Ameera mengenai insiden berkenaan.

BHonline-

Tags: ameera khangscUIP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa Terkilan, Adik Sering Jadi ‘Bahan’ Kritikan

12/04/2018
0

PELAKON dan pengacara popular Neelofa mengakui terkilan apabila adiknya iaitu Ameera Khan sering menjadi bahan kritikan dan sindiran tajam ramai...

Samsung? Euww: Janna Tak Setuju Ejek Produk

27/03/2018
0

PELAKON, Janna Nick beranggapan bahawa tindakan seorang personaliti Instagram atau 'Instafamous' yang memperlekehkan sebuah jenama telefon pintar baru-baru ini sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd