• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Harap Golongan Muda Guna Hak Undi18 Dengan Bertanggungjawab

oleh Mohd Arshad
25/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI: Golongan muda yang mendapat peluang mengundi menerusi pelaksanaan Undi18, diminta untuk menggunakan hak baharu itu dengan bertanggungjawab.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hak itu yang bakal dilaksanakan bermula Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu digunakan secara baik dan diambil serius oleh golongan muda demi masa depan dan kepentingan negara.

“Saya percaya kita akan lihat (Undi18) pada PRN Johor tak lama lagi. Ia agak menarik bagi kami untuk melihat bagaimana kecenderungan anak-anak muda berumur 18 tahun ke atas, menggunakan hak baharu mereka dengan bertanggungjawab.

“Ini sesuatu yang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa ingatkan, supaya hak baharu ini bukan untuk cuba mencuba, untuk gurau diguraukan atau dimain-mainkan, tetapi diguna dengan penuh bertanggungjawab,” katanya yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara di sini, hari ini.

Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Dis menyatakan pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas berkuat kuasa pada 15 Dis lepas.

Berikutan itu, dilaporkan bahawa berlaku pertambahan lebih kurang 700,000 pengundi baharu dalam kalangan anak muda yang layak mengundi pada PRN Johor, meningkat kepada kira-kira 2.5 juta pengundi secara keseluruhan.

Sabtu lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor, untuk memberi laluan kepada PRN Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa satu mesyuarat khas untuk menentukan tarikh PRN Johor ke-15 akan diadakan pada 9 Feb ini.

Bernama-

Tags: Faizal AzumuPRN JohorUndi18
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Anwar Pintas Peja Di Tambun

PRU15: Anwar Pintas Peja Di Tambun

19/11/2022
0

IPOH - Keputusan tidak rasmi Parlimen Tambun menyaksikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memintas pencabarnya, Datuk...

[TIDAK RASMI] Peja Mendahului Di Parlimen Tambun

[TIDAK RASMI] Peja Mendahului Di Parlimen Tambun

19/11/2022
0

IPOH : Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului dengan 984 undi di kerusi Parlimen Tambun diikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd